Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
01012026

KUANTAN, 01 JANUARI 2026 : Pahang menampilkan tiga kategori alam semulajadi dalam menarik kehadiran sasaran 15 juta pelancong negeri ini tahun ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Puan Leong Yu Man, tiga kategori alam semulajadi berkenaan adalah tanah tinggi, taman negara, dan pantai yang ada di negeri ini.  “Untuk tahun ini, kita mempunyai sasaran yang lebih tinggi (dari 2025) sasaran 15 juta (pelancong) dengan anggaran nilai pendapatan khusus untuk pelancongan iaitu RM13.48 bilion.

“Di Pahang produk pelancongan kita lebih berasaskan alam semulajadi dengan tiga kategori secara general. Yang pertama adalah tanah tinggi iaitu di Genting Highlands, Cameron Highlands, dan Bukit Fraser. Tidak ketinggalan Bukit Tinggi dan Janda Baik. “Kategori kedua adalah taman negara di mana ia meruapakan destinasi tarikan pelancong antarabangsa terutamanya dari Eropah. Dan yang ketiganya adalah pantai dan pulau, di mana kita ada Pulau Tioman, Cherating, dan sepanjang jajaran pantai di Kuantan, kita ada lebih sepuluh pantai yang menarik,” katanya.

Beliau berkata selain daripada tiga kategori berkenaan, Kerajaan Negeri Pahang bersama Tourism Pahang juga turut meletakkan Lipis Geopark, Merapoh, Tasik Chini, Tasik Bera, dan jajaran kereta api sebagai produk pelancongan di negeri ini. Tambah beliau lagi, lebih 50 program dan acara pelancongan telah disenaraikan di dalam kalendar pelancongan Negeri Pahang bagi tahun ini bagi menarik kehadiran pelancong.  “Setakat ini dalam kalendar kita telah ada lebih 50 acara dan kita menyasarkan bahawa kalendar ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Pengusaha kita dah ready dan yang penting di front line. Saya percaya dan yakin mereka sudah bersiap sedia untuk menyambut pelancong bersama dengan Kerajaan Negeri bagi bersama mempromosikan negeri kita ini,” katanya.  “Setakat ini dalam kalendar kita telah ada lebih 50 acara dan kita menyasarkan bahawa kalendar ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. “Pengusaha kita dah ready dan yang penting di front line. Saya percaya dan yakin mereka sudah bersiap sedia untuk menyambut pelancong bersama dengan Kerajaan Negeri bagi bersama mempromosikan negeri kita ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Acara Sambutan Di Pintu-Pintu Masuk Diseluruh Negara dan di Hab Pengangkutan Utama Sempena Visit Malaysia 2026 (VM2026) Negeri Pahang di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah. Hadir sama, Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa Tourism Malaysia, Puan Harliza Ahmad, dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Tuan Kamaruddin Ibrahim. Sumber -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 72.1% Malaysia
Indonesia 5.3% Indonesia

Total:

61

Countries
027060
Today: 107
Yesterday: 145
This Week: 1,149
This Month: 1,251
Last Month: 837
Total: 27,060
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2026 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 09 Januari 2026 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile