1. Apakah PKBF?
Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) adalah sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Pahang yang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Pahang No.4 tahun 1968 yang pada asalnya telah diberi tanggungjawab membangun, menyelenggara kemudahan awam, membangun kemudahan perniagaan,rekreasi dan pelancongan di kawasan Bukit Fraser.
2. Apakah fungsi PKBF?
Fungsi yang telah dibuat pindaan pada 1997 :- Untuk menyelaraskan pembangunan kediaman, Industri, perdagangan, kebudayaan dan kesenian dan aktiviti-aktiviti lain yang diperhitungkan akan menggalakan pembangunan Pahang sebagai suatu destinasi pilihan.
3. Agensi Pelancongan Negeri:
- Merancang dan melaksanakan pembangunan pelancongan
- Merancang dan melaksanakan program penggalakan, promosi dan pemasaran pelancongan
- Menguruskan aset aset PKBF di Bukit Fraser
4. Apakah program dan aktiviti tahunan?
- Pengurusan acara
- Menyelaras pembangunan program homestay
- Penyelarasan persatuan
- Perangkaan ( statistik )
- Perhubungan awam
- Pengiklanan
- Penerbitan bahan – bahan promosi
- Promosi & jualan
- Menyelaraskan pembangunan produk-produk pelancongan
- Menyelaraskan pembangunan sumber manusia untuk sektor pelancongan
- Mengendalikan kursus dan seminar
- Menyediakan kertas-kertas kerja projek pembangunan dan promosi pelancongan