Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
award

KUANTAN, 10 OGOS 2025 : Pahang terus mengukuhkan reputasi sebagai destinasi pelancongan utama negara apabila berjaya merangkul Anugerah Kadar Purata Penginapan Tertinggi Terbaik di Malaysia pada Malam Anugerah Industri Pelancongan 2025, malam tadi.

Anugerah utama itu disampaikan kepada Tourism Pahang dalam majlis yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA) dengan kerjasama Majalah Santai Travel di Grand Lagoon Ballroom, Sunway Resort Hotel, Selangor.  Pengurus Besar Tourism Pahang, Tuan Kamaruddin Ibrahim hadir mewakili Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man untuk menerima anugerah tersebut.

Katanya, pengiktirafan yang telah dianugerahkan kepada Negeri Pahang itu merupakan sebuah pengiktirafan yang menjadi titik tolak kepada para penggiat industri pelancongan untuk lebih komited dan memperkasa industri Pelancongan negeri Pahang agar kekal unggul di Malaysia dan berkembang maju di persada antarabangsa.  Selain itu, pada majlis itu, Pahang turut menerima lima anugerah lain antaranya Majlis Bandaraya Kuantan yang menerima dua anugerah iaitu Inisiatif Pembangunan Pelancongan Terbaik dan Destinasi Rekreasi Terbaik.

Bilut Hills Eco Resort Pahang pula menerima anugerah Resort Inovasi dan Kreatif Terbaik, manakala Resort World Genting memenangi dua anugerah iaitu Destinasi Percutian Keluarga Terbaik dan Destinasi Membeli-Belah Bersepadu Gaya Hidup Terbaik. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 75.3% Malaysia
Indonesia 6.6% Indonesia

Total:

52

Countries
021501
Today: 11
Yesterday: 23
This Week: 34
This Month: 251
Last Month: 2,392
Total: 21,501
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 12 Ogos 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile