Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
pelita

KUANTAN, 21 MAC 2025 : Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang menganjurkan Pesta Pelita Raya Pahang 2025 bagi menyemarakkan semangat persaudaraan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Pahang. Menurut satu kenyataan media oleh Tourism Pahang, pesta yang berlangsung dari 20 Mac hingga 30 Mac 2025 di seluruh daerah di negeri ini melibatkan pertandingan dekorasi sempena sambutan Aidilfitri.

“Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Raya, tetapi juga sebagai usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk, selain menarik minat pelancong untuk merasai sendiri keunikan tradisi ini di Pahang. “Setiap daerah akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan memasang pelita kreatif, persembahan kebudayaan, serta jualan makanan dan produk tempatan yang mencerminkan identiti negeri ini.

“Dengan pencahayaan pelita yang menghiasi kampung-kampung dan kawasan tumpuan pelancong, diharap program ini dapat membawa pengalaman baharu kepada pengunjung serta memperkukuhkan kedudukan Pahang sebagai destinasi pelancongan utama negara,” ujar kenyataan berkenaan. Menurut kenyataan tersebut, pesta ini turut menggalakkan penggunaan bahan kitar semula serta elemen keselamatan dalam kerja dekorasi dan pemenang akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Sepanjang tempoh pertandingan, pelbagai elemen penilaian akan diambil kira termasuk kreativiti, inovasi, keserasian tema, pencahayaan, keaslian, serta penglibatan komuniti setempat. “Selain menghidupkan suasana Hari Raya, acara ini juga berpotensi menjadi tarikan pelancongan bagi negeri Pahang dengan menjadikan setiap daerah dan kampung lebih meriah dan berwarna-warni sepanjang musim perayaan.

“Proses penjurian akan berlangsung dari 19 hingga 26 Mac 2025 dan pemenang akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri,” menurut kenyataan tersebut. Proses penjurian bagi Pesta Pelita Raya Pahang ini akan bermula pada 20 Mac di Raub dan Bentong; 21 Mac di Bera dan Temerloh; 22 Mac di Lipis; 23 Mac di Jerantut; 24 Mac di Cameron Highlands; 25 Mac di Rompin dan Pekan; serta 26 Mac di Maran dan Kuantan. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 80.5% Malaysia
South Korea 5.6% South Korea

Total:

46

Countries
015642
Today: 17
Yesterday: 55
This Week: 270
This Month: 3,945
Last Month: 599
Total: 15,642
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 23 April 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile