Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 23 SEPTEMBER 2024: Kerajaan Negeri melihat sukan kanu polo sebagai satu peluang besar untuk mempromosikan Pahang sebagai destinasi pelancongan sukan bertaraf antarabangsa. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, YB Puan Leong Yu Man berkata, Pahang berpotensi menjadi gelanggang utama yang menarik minat pelancong dan penggiat sukan kanu dari seluruh dunia.

Justeru katanya, Kerajaan Negeri melalui Tourism Pahang dengan kerjasama Persatuan Kanu Malaysia sekali lagi menganjurkan Pahang International Ocean Paddling Festival 2024. “Pahang International Ocean Paddling Festival 2024 merupakan sebuah inisiatif yang jitu bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara Tourism Pahang dan agensi-agensi luar yang terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini sekaligus negeri Pahang khususnya Pantai Cherating di persada antarabangsa. “Melalui penganjuran program ini juga Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang secara tidak langsung dapat memastikan industri pelancongan negeri sentiasa berkembang maju dan bergiat aktif dalam mempromosikan negeri Pahang sebagai destinasi tarikan utama pelancongan negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Yu Man berkata, penganjuran terbabit yang bermula pada Jumaat dan berakhir semalam itu merupakan penganjuran kali ketiga bertempat di Pantai Cherating, di sini. “Sebanyak lapan buah negara menyertai perlawanan Canoe Ocean Racing pada Pahang International Ocean Paddling Festival 2024 kali ini iaitu Thailand, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Hong Kong, China, Indonesia, Singapura dan Malaysia sendiri.  “Antara kategori yang dipertandingkan pada festival ini adalah Canoe Ocean Racing Antarabangsa (lelaki dan perempuan), Canoe Ocean Racing Kebangsaan (lelaki), Kayak Marathon Kebangsaan (lelaki dan perempuan) dan Kayak Marathon Kebangsaan (campuran) akan berentap bagi memenangi hadiah wang tunai yang lumayan dengan jumlah keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM89,000,” ujarnya.

Menurutnya lagi, program yang diadakan selama tiga hari itu juga padat dengan subacara yang memberi manfaat kepada para pengunjung yang hadir selain daripada acara Perlawanan Kanu bertaraf Antarabangsa dan Kayak Marathon peringkat kebangsaan. “Antaranya ialah, Sore’ Vibes yang menghimpunkan vendor makanan, minuman dan pakaian bundle, persembahan Malam Galau bersama Akustika Abdul, persembahan daripada Dj Selecta Jahvalion (dub reggae), akustik reggae bersama Aru Peruzza, pertunjukan api, persembahan artis jemputan Kopratasa, pertandingan mewarna dan acara sukan rakyat,” katanya lagi.-PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 73.5% Malaysia
South Korea 8.1% South Korea

Total:

33

Countries
008419
Today: 28
Yesterday: 18
This Week: 46
This Month: 318
Last Month: 680
Total: 8,419
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 14 Oktober 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile