Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 10 MEI 2024 : Kompleks Pelancongan Tasik Chini bakal dibangunkan semula melalui usaha baik pulih oleh pelabur berpotensi dan berkelayakan mengurus bangunan berkenaan. Exco Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Leong Yu Man berkata, tender dan Request for Proposal (RFP) telah dibuka dan satu permohonan telah diterima pada 5 Februari lalu dan kini dalam proses penilaian oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang sebelum diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri. “Satu Kajian Saintifik Pembangunan Pelancongan Tasik Chini sedang dibangunkan bagi memajukan semula kawasan di Tasik Chini oleh Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) di mana pelan ini bertujuan untuk memacu pertumbuhan pelancongan yang mampan termasuk usaha memelihara aset semulajadi, pengekalan budaya dan sosial kawasan tersebut.

“Sebelum ini, pihak Tourism Malaysia Wilayah Timur bersama Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menghasilkan dua pakej pelancongan di Tasik Chini yang masih beroperasi iaitu Lake Chini Exploration: Lake and Forest Experience serta Lake Chini Exploration: Forest and Indigenous Experience,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Pulau Manis, YB Tuan Mohamad Rafiq Khan Ahmad Khan sesi soal jawab sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Dalam pada itu, YB Leong berkata pemulihan kawasan tersorot terus giat dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melalui projek penanaman pokok dan Buy Back Guarantee dengan komuniti Orang Asli di mana 32,242 anak pokok telah dibeli dengan kos keseluruhan sebanyak RM96,726 selain menanam tanaman tutup bumi di kawasan seluas kira-kira 140 hektar. “Pada 27 September 2023, Jabatan Perikanan Negeri Pahang telah melepaskan 40,000 ekor ikan iaitu 30,000 ikan lampam sungai dan 10,000 ikan baung sempena program Man and the Biosphere 360° anjuran Majlis Biodiversiti Pahang,” katanya.

Menurutnya, pelbagai kemudahan disediakan oleh Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) di tasik berkenaan antaranya jeti, Flotilla Teratai, Denai hutan dan tapak rekreasi, penginapan asrama dan studio, tapak perkhemahan, surau, bilik mesyuarat, makmal kualiti air, kafe dan kemudahan berkayak. “Pelbagai program juga telah dianjurkan oleh PPTC seperti Program eksplorasi Tasik Chini & Alam Semulajadi Unit Beruniform Sekolah –Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Pahang 2019, GUMUM +ISM International Art Camp, Program Sulam – Asli Pimpin @ Chini Siri 1 & Siri 2, Kerja Lapangan Amali Ekologi Akuatik & Biogeografi serta Bengkel Konservasi Teratai Di Tasik Chini Sebagai Kesinambungan Rizab Biosfera Alam,” katanya. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 71.8% Malaysia
South Korea 8.7% South Korea

Total:

32

Countries
007604
Today: 1
Yesterday: 25
This Week: 172
This Month: 183
Last Month: 1,387
Total: 7,604
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 03 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile