Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 10 MEI 2024 : Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan RM3 juta bagi menaiktaraf dan membaikpulih infrastruktur dan kemudahan pelancongan dengan RM2.2 juta pula diperuntukkan untuk Projek Pelancongan Berasaskan Flora dan Perhutanan.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata, projek yang dilaksanakan ini merangkumi Daerah Rompin, Kuantan, Lipis, Maran, Raub, Cameron Highlands, Jerantut, Pekan, Bentong dan Bera.

Menurutnya, berdasarkan usaha itu, Pahang mencatatkan peningkatan statistik pelancong seramai 13 juta orang dengan anggaran perbelanjaan mencecah RM11.89 bilion melebihi tahun sebelumnya. “Prestasi cemerlang ini telah menjangkau sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun sebelumnya, di mana pada tahun 2022 hanya mencatatkan 10 juta kedatangan pelancong dengan perbelanjaan sebanyak RM9.15 bilion,” katanya pada Sesi Penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini. Menerusi pelancongan juga, Kerajaan Pahang telah menyusun Kalendar Acara Pelancongan Pahang bagi setiap tahun dengan lebih 40 acara menarik dirancang pada 2024, penganjuran ‘Malaysia International Tourism Expo 2024, Pahang’ (MIT Pahang) di Kuantan dengan beberapa program iaitu pameran pelancongan, seminar pelancongan, ‘Business to Business’ (B2B) dan pertunjukan persembahan kebudayaan.

“Perbadanan Taman Negari Pahang juga telah mewartakan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah melibatkan keseluruhan Hutan Simpan Gunung Aais dan Hutan Simpan Gunung Aais (Tambahan) Daerah Jerantut bertujuan memelihara dan melindungi habitat semulajadi dan meningkatkan populasi Harimau Malaya,” katanya. Pahang juga kini memperkenalkan Via Ferrata Pulau Tioman dan Tree Top Walk di Taman Negara Sungai Relau di Lipis yang menjanjikan pemandangan alam semulajadi yang hijau. Menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan melalui Pengukuhan Seni dan Budaya, Pengembangan Seni Budaya, Pembangunan Produksi dan Artistik, Bimbingan Seni Budaya, Perancangan dan Penyelarasan Dasar, Penyelidikan dan Pembangunan, Dokumentasi dan Penerbitan serta Pembangunan Produk Seni Budaya. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 71.8% Malaysia
South Korea 8.7% South Korea

Total:

32

Countries
007604
Today: 1
Yesterday: 25
This Week: 172
This Month: 183
Last Month: 1,387
Total: 7,604
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 03 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile