Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 13 MEI 2024 : Usaha mempromosi Bukit Fraser sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi yang unggul di negara ini diteruskan Kerajaan Negeri melalui penyediaan infrastruktur dan fasiliti pelancongan serta acara menarik bertaraf antarabangsa. Exco Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Leong Yu Man berkata, sebanyak RM150,000 diperuntukkan bagi memasang lampu jalan jenis LED dan RM250,000 bagi Projek Pemuliharaan dan Menaiktaraf Pusat Rekreasi Pelancongan Paddock di Bukit Fraser.

“Sebanyak RM490,000 peruntukan bagi projek naiktaraf infrastruktur di Park and Garden selain RM350,000 bagi kerja-kerja naik taraf infrastruktur di Hemmant Trail dan Bishop, Bukit Fraser. “Kerajaan Negeri juga akan mengadakan pelbagai acara bertaraf antarabangsa dan kebangsaan iaitu Fraser’s Hill International Bird Race, Kejohanan Memanah Field Kebangsaan Bukit Fraser, Fraser’s Hill Canoe Polo Competition dan Healing@Fraser’s Hill,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri pada sesi soal jawab sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Sementara itu beliau memaklumkan pihak MOTAC telah meluluskan sebanyak RM500,000 bagi membiayai projek di bawah Geran Penyelenggaraan Infrastruktur/Produk Pelancongan dan Warisan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi kawasan peranginan Bukit Fraser pada tahun 2023 melalui Tourism Pahang. “Peruntukan tersebut melibatkan kerja-kerja naiktaraf laluan pejalan kaki di Kompleks Pelancongan Bukit Fraser serta kerja-kerja naik taraf pelantar terapung Pusat Rekreasi Pelancongan Allan’s Water Bukit Fraser serta kerja-kerja lain,” katanya. Menurutnya lagi pelbagai usaha dilakukan bagi memartabatkan Bukit Fraser yang turut dikenali sebagai ‘Little England’ termasuk aktiviti promosi tahunan seperti fam trip dan penyertaan dalam program Pertandingan Mengenal Burung Peringkat Antarabangsa.

“Hebahan serta promosi program oleh pihak media secara tidak langsung boleh memberi impak positif untuk pelancong domestik dan antarabangsa datang melawat ke Bukit Fraser. “Ia jua menjadikan Malaysia sebagai Top of The Mind Ecotourism Destination of the World yang selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan lestari atau Sustainable Development Goals di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations,” katanya. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 71.8% Malaysia
South Korea 8.7% South Korea

Total:

32

Countries
007604
Today: 1
Yesterday: 25
This Week: 172
This Month: 183
Last Month: 1,387
Total: 7,604
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 03 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile