Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUALA LUMPUR, 11 OKTOBER 2024 : Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memfokuskan kepada pemerkasaan masyarakat Orang Asli dari suku kaum Jakun dengan mengetengahkan teknologi tradisional dalam penghasilan produk berasaskan sumber hutan.

Ketua Makmal PPTC, Profesor Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya berkata, menerusi Projek Kraf Orang Asli Eco-Forestry, beberapa produk berasaskan sumber hutan menggunakan amalan tradisional Orang Asli dapat dimanfaatkan menerusi pengetahuan mendalam mereka tentang hutan untuk mengumpul bahan seperti kayu, buluh, dan rotan secara mesra alam. “Usaha ini amat penting kerana yang pertamanya dapat menghasilkan satu produk baru untuk Tasik Chini Biosphere Reserve terutama sekali memperkasakan sosioekonomi Orang Asli.

“Kita juga mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak yang ingin sama-sama memperkenalkan seni Orang Asli ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pameran bersempena International Greentech And Eco Products Exhibition And Conference Malaysia (IGEM) 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari bermula Rabu lepas. Beliau berkata, pemeliharaan kemahiran budaya Orang Asli dalam menghasilkan barangan seperti ukiran peralatan sambil memberikan pemberdayaan ekonomi melalui penjualan produk mesra alam berkualiti tinggi kepada pasaran tempatan dan global.

Jelasnya, pendekatan ini memastikan mata pencarian yang mampan, melindungi persekitaran mereka, dan mengukuhkan warisan budaya mereka, sambil menawarkan peluang pendapatan dan akses pasaran yang baru. Pada IGEM 2024, tujuh agensi sebagai pempamer telah turut serta iaitu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), UMPSA Holdings Sdn Bhd, Cenergi Sea Berhad, Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Perbadanan Taman Negeri Pahang dan PlanMalaysia Pahang. Pada penyertaan kali pertama pada 2023, Pahang telah dinobatkan sebagai juara bagi anugerah States Innovation Awards. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 73.6% Malaysia
South Korea 8.1% South Korea

Total:

33

Countries
008470
Today: 9
Yesterday: 21
This Week: 97
This Month: 369
Last Month: 680
Total: 8,470
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 17 Oktober 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile