Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

RAUB, 8 JUN 2024 : Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser Kali Ke-35 berjaya menarik penyertaan sebanyak 32 pasukan tahun ini berbanding 15 pasukan pada tahun 2023 yang mencatatkan peningkatan sebanyak 113 peratus. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata, peningkatan jumlah peserta ini termasuklah 72 peserta antarabangsa, 24 peserta Sabah / Sarawak dan 96 peserta gabungan.

Menurutnya, kadar peningkatan penyertaan ini didorong oleh kemunculan empat spesies burung migrasi dari Siberia Utara Rusia dan rangkaian Pulau di Utara Selatan yang jarang ditemui di Bukit Fraser selepas tiga tahun. “Di Bukit Fraser terdapat melebihi 250 spesies burung dan yang paling signature atau pun ikon kita adalah Silver Eared Mesia dan saya dapati baru-baru ini kita dapat empat spesies yang kembali semula selepas tiga tahun iaitu White Crown Hornbill, Dusky Broadbill, Chestnut Semiter Babbler dan Green Broadbill,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Upacara Flag Off Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser Kali Ke-35 di Bukit Fraser, Raub.

Acara tahunan yang telah diadakan sejak tahun 1988 ini turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Bird Life International dan ditaja oleh YL Camera (M) Sdn Bhd dan beberapa jenama besar pengeluar kamera dan barangan aksesori kamera. Pada tahun ini, Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser terbahagi kepada tiga kategori iaitu Advance, Novice dan Student selain beberapa aktiviti pengisian turut diadakan iaitu wacana (bird talk), pertandingan fotografi, pameran dan lawatan berpandu secara percuma (complimentary guided tour). Seramai 174 peserta antarabangsa daripada 14 negara antaranya Jepun, United Kingdom, Kemboja, Peru, Filipina, Singapura, Bhutan, Nepal, India, Indonesia, Brunei, Vietnam, Thailand dan Hong Kong. Penganjuran ini merupakan usaha untuk mewujudkan jaringan sinergi antara Tourism Pahang dan agensi-agensi luar yang terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.6% Malaysia
Sweden 10.4% Sweden

Total:

30

Countries
005854
Today: 11
Yesterday: 18
This Week: 29
This Month: 462
Last Month: 583
Total: 5,854
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 19 Julai 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile