Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN - Seramai 200 penggiat industri pelancongan dari 11 negara mengambil bahagian sebagai pempamer pada Ekspo Pelancongan Antarabangsa Malaysia Pahang 2024 (MIT Pahang 2024) yang berlangsung selama tiga hari, bermula Selasa hingga Khamis ini. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man berkata, pempamer terlibat dalam MIT Pahang 2024 itu antaranya dari Thailand, Singapura, Indonesia, China, New Zealand, Korea, Rusia, Kenya, Taiwan dan Malaysia sendiri.

Menurutnya, seramai 90 'premiums buyers' dari 16 negara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, China, India, Amerika Syarikat (AS) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menyertai eksposisi pelancongan bertaraf antarabangsa yang julung kali diadakan itu. "Pahang telah mengambil inisiatif menjemput 'premium buyers' terdiri syarikat pelancongan berskala besar dari lebih 16 negara itu sebagai rakan strategik yang berpotensi membawa masuk pelancong dari negara berkenaan ke negara ini. "Sepanjang tiga hari acara ini berlangsung, kita sasarkan lebih 10,000 kehadiran penggiat industri termasuk dalam kalangan pempamer, peserta seminar dan orang ramai," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian MIT Pahang 2024 di sini pada Selasa.

Yu Man berkata, penganjuran eksposisi pelancongan bertaraf antarabangsa berkonsepkan perniagaan kepada perniagaan (B2B) itu bagi mempromosikan sektor pelancongan di negeri ini. "Biasanya pemain industri dan agensi pelancongan akan mengambil bahagian dalam ekspo pelancongan popular di luar negara untuk mempromosikan produk pelancongan masing-masing. "Kali ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk memposisikan Malaysia khususnya Pahang dan Kuantan sebagai lokasi pertemuan pemain industri pelancongan melalui MIT Pahang 2024 ini," ujarnya.

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 73.6% Malaysia
South Korea 8.1% South Korea

Total:

33

Countries
008470
Today: 9
Yesterday: 21
This Week: 97
This Month: 369
Last Month: 680
Total: 8,470
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 17 Oktober 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile