Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
homestay

LIPIS, 23 NOVEMBER 2024 : Rumah percutian inap desa di Pahang telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM6.7 juta melibatkan kehadiran 85,439 pelancong setakat Ogos tahun ini.

Menurut YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, ini merupakan pencapaian yang luar biasa dan meletakkan Pahang sebagai antara negeri terunggul dalam sektor pelancongan komuniti di Malaysia.

“Sebagai negeri yang kaya dengan keunikan dan keindahan, Pahang telah memperkenalkan tema pelancongan This Is Pahang yang menonjolkan keindahan dan keunikan pelbagai aspek negeri ini.
 
“Homestay di Pahang bukan sahaja menjadi tempat persinggahan pelancong, tetapi juga ruang untuk mereka mengenal lebih dekat makanan tradisional, budaya, muzik, seni kraftangan, dan lokasi unik yang hanya boleh didapati di negeri ini.
 
“Contohnya, Batik Pahang dan Tenun Pahang Diraja adalah hasil seni yang memukau dan menjadi identiti kita. Di samping itu, makanan seperti sambal Pahang, lemang periuk kera, dan pelbagai sajian asli lain telah mencuri perhatian pelancong. Muzik tradisional kita, bersama-sama dengan permainan seperti gasing dan tarian pelanduk, memperkayakan pengalaman pelancongan yang unik,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bengkel Pembangunan Produk Pelancongan Homestay Dalam Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) 2024 di Laman Sejahtera, Sungai Koyan.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Pahang akan terus menyokong usaha memperkasakan industri rumah percutian inap desa di negeri ini bagi membolehkan pelancong menikmati pengalaman sebenar kehidupan desa sambil menyaksikan warisan budaya yang ada.

“Pahang menawarkan pelbagai pengalaman pelancongan lain seperti pengembaraan alam semula jadi, peluang pendidikan budaya, dan aktiviti inovatif yang sesuai untuk pelancong dari semua lapisan umur. Homestay kita adalah cerminan keindahan ini, tempat di mana pelancong boleh belajar, beristirahat, dan terhubung dengan masyarakat setempat.

“Marilah kita bersama-sama memastikan homestay Pahang terus menawarkan pengalaman terbaik kepada setiap pelancong, sambil menjaga warisan budaya dan keindahan alam yang kita miliki.
 
“Saya membayangkan homestay Pahang menjadi model terunggul di Asia Tenggara. Bayangkan pelancong dari seluruh dunia datang ke homestay kita, membawa pulang kenangan indah dan cerita-cerita yang menginspirasi. Kerajaan Negeri Pahang akan terus menyokong usaha ini melalui program seperti pembiayaan untuk inovasi homestay, promosi di pameran antarabangsa, dan kerjasama strategik dengan sektor swasta,” katanya. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.6% Malaysia
South Korea 7.6% South Korea

Total:

37

Countries
009448
Today: 17
Yesterday: 16
This Week: 55
This Month: 206
Last Month: 519
Total: 9,448
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 10 Disember 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile