Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 29 MEI 2024 : Tourism Pahang menganjurkan Eduxcape Camp @ Little England selama tiga hari yang menggalakkan pelajar bereksplorasi sambil menimba ilmu. Menurut satu kenyataan media oleh Tourism Pahang, program julung kali diadakan ini berkonsep perkhemahan merupakan sebuah langkah berani ke arah pemikiran holistik para pelajar. Salah satu aktiviti yang diadakan dalam program yang dihadiri pelajar daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Eventive World adalah persidangan 3rd Asia Pacific State of The Art Event Research Conference yang dirasmikan oleh Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man.

Sebelum ini persidangan serupa bertujuan memberi peluang kepada pemain industri dan pelajar untuk bertemu serta berkongsi tentang kajian penulisan mereka telah diadakan di Lombok, Indonesia. Selain daripada itu, program ini juga turut mengadakan pertandingan Digital Marketing & Mobilegraphy Competition bagi mencungkil
bakat peserta dalam bidang pemasaran digital dan mobilegraphy; persembahan daripada artis tanah air, Ronnie Hussein dan Klangit; pameran; dan pertandingan tarian kebudayaan untuk memperkenalkan tarian tradisional kepada pelajar-pelajar tempatan dan luar negara.

Program yang menghimpunkan subaktiviti menarik dan bermanfaat yang bermula 24 Mei sehingga 26 Mei lalu di Bukit Fraser, Raub telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Tourism Pahang, Tuan Kamaruddin Ibrahim.

Ia juga dilihat secara tidak langsung dapat memupuk para peserta mengadaptasi kemahiran berkomunikasi dan berkerjasama dengan baik serta profesional. Menurut Tourism Pahang, pihaknya juga sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama dalam program sebegini pada masa akan datang dalam memperkasakan jaringan strategik dengan institusi pengajian di Malaysia dan industri, seterusnya dapat memastikan industri pelancongan di Negeri Pahang ini terus kekal relevan dan berkembang maju. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.5% Malaysia
South Korea 7.6% South Korea

Total:

37

Countries
009458
Today: 27
Yesterday: 16
This Week: 65
This Month: 216
Last Month: 519
Total: 9,458
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 10 Disember 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile