Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 22 JULAI 2024 : Seramai 2.83 juta pelancong dari dalam dan luar negara direkodkan telah berkunjung ke Negeri Pahang bermula Januari hingga Mac lalu. EXCO Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Cik Leong Yu Man berkata, daripada jumlah itu, 360,313 adalah merupakan pelancong luar negara yang berasal daripada negara Singapura, Indonesia, China, Thailand, India, Germany, United Kingdom, Australia, Netherlands dan Amerika Syarikat, manakala 2,469,949 daripadanya merupakan pelancong tempatan. “Genting Highlands merupakan antara destinasi pelancongan popular untuk Negeri Pahang. Setakat bulan Mac 2024 sahaja, seramai 1,724,924 pelancong tempatan dan luar negara telah berkunjung ke Genting Highlands.

“Jumlah tersebut telah meningkat sebanyak 15.17 peritus berbanding jumlah kedatangan pelancong ke Genting Highlandspada suku tahun pertama 2023 iaitu seramai 1,497,719 orang pelancong,” katanya dalam siding Majlis Sidang Akhbar untuk 1001 Nights Hotel, Trademark Collection By Wyndham di Genting Highlands. Beliau berkata, 1001 Nights Hotel Trademark Collection by Wyndham dibangunkan pada puncak Genting.Highlands yang merupakan tempat yang paling strategik untuk para pengunjung menikmati keindahan puncak Banjaran Titiwangsa serta flora dan fauna Negeri Pahang.“Kerajaan Negeri Pahang mahu menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong antarabangsa dan akan mempergiat promosi serta program untuk menarik pengunjung ke negeri ini. “Dengan terbinanya 1001 Nights Hotel Trademark Collection By Wyndham, Genting Highlands akan menjadi salah satu daya tarikan untuk para pengunjung,” katanya. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 71.8% Malaysia
South Korea 8.7% South Korea

Total:

32

Countries
007604
Today: 1
Yesterday: 25
This Week: 172
This Month: 183
Last Month: 1,387
Total: 7,604
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 03 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile