Pangsapuri Studio – Puncak Inn Fraser's Hill
Puncak Inn menawarkan pelbagai pilihan pangsapuri keluarga di Silverpark Resort, Fraser's Hill yang sesuai untuk pengunjung yang mencari penginapan bajet dalam suasana yang selesa. Antara pilihan yang disediakan ialah pangsapuri studio, pangsapuri dua bilik tidur dan pangsapuri tiga bilik tidur.
Pangsapuri studio sesuai untuk dua orang tetamu dan dilengkapi dengan pilihan sama ada satu katil Queen atau dua katil single. Setiap unit turut menyediakan kemudahan asas seperti bilik mandi persendirian, ruang tamu, dapur serta balkoni peribadi yang membolehkan tetamu menikmati suasana nyaman dan pemandangan sekitar Fraser's Hill.
Penginapan
- Bilangan unit: 2
- Kapasiti: 2 orang
- Jenis bilik: Studio (Katil Queen atau Dua Katil Single)
- Kemudahan dalam unit:Dapur
- Ruang tamu
- Balkoni persendirian
Fasiliti
- Restoran
- Kompleks sukan
- Pusat Maklumat Pelancong
- Akses Wi-Fi percuma di lobi Puncak Inn







