Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 09 MEI 2024 : Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukan RM10.1 juta dalam Belanjawan Negeri Pahang 2024 bagi projek pelancongan di Pahang. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata peruntukan yang besar ini adalah bagi membangunkan sektor pelancongan dan kebudayaan di Pahang.

“Antara peruntukan yang telah diluluskan adalah seperti berikut, RM3 juta bagi penyediaan infra dan fasiliti pelancongan; RM500,000 bagi menaiktaraf kemudahan infrastruktur dan memelihara kawasan tinggalan sejarah Tok Gajah-Mat Kilau. “RM500,000 bagi menaik araf kemudahan pelancongan di Hutan Lipur Parit Fall, Cameron Highlands; RM300,000 bagi Kompleks Perkampungan Budaya Orang Asli di Lipis; RM2.2 juta bagi for embangunan pelancongan berasaskan flora atau perhutanan.

“RM3 juta bagi memajukan ekopelancongan Sungai Pahang; dan RM600,000 bagi Projek Merapoh The Caving Paradise, menaik taraf fasiliti di Gua Sisik Naga dan penyediaan kemudahan penginapan cabin resort,” katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, YB. Tuan Mohd Tarmizi Yahaya ketika sesi pertanyaan kepada Menteri Besar pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Beliau berkata beberapa kelulusan juga telah diterima bagi kerja penyelenggaraan kawasan pelancongan di daerah Kuantan bagi tahun 2022 dan 2023. “Selain itu, bagi daerah Kuantan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah meluluskan projek penyelenggaraan di bawah kerja-kerja pemulihan, pemuliharaan, ubahsuai dan naiktaraf sektor pelancongan, kebudayaan dan warisan pada tahun 2022 iaitu kerja-kerja menaiktaraf kawasan pelancongan di Laman Terowong Sungai Lembing dengan kos projek berjumlah RM 200,000.

“Pada tahun 2023, sebanyak RM 700,000 diluluskan bagi projek penyelenggaraan melalui Majlis Bandaraya Kuantan iaitu Projek Menaiktaraf Jeti Shahbandar Kuantan sebagai Centralised River Cruise dan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Pelancongan Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan. “MOTAC turut meluluskan projek dibawah Rolling Plan Keempat RMKe-12 bagi Projek Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan di Paya Bakau, Kuantan Pahang dengan jumlah kos projek sebanyak RM 4,000,000,” katanya. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 71.8% Malaysia
South Korea 8.7% South Korea

Total:

32

Countries
007604
Today: 1
Yesterday: 25
This Week: 172
This Month: 183
Last Month: 1,387
Total: 7,604
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 03 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile