Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 24 JANUARI 2024 : Kerajaan Negeri Pahang akan memastikan pelancongan di negeri ini menjadi lebih baik daripada sebelum ini dan dapat menarik lebih ramai pelancong.

Menurut YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, ini kerana Negeri Pahang menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik.

“Saya percaya saya akan dibantu oleh YB. Leong Yu Man untuk memastikan pelancongan di Negeri Pahang ini akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Kita di Pahang ini sangat bertuah, sangat terkenal dengan pelbagai produk pelancongan sebab kita di Pahang ada macam-macam.

“Kita ada pulau yang cantik, kita ada bukit yang cantik, kita ada cuaca tanah tinggi yang tiada di negeri lain di Semenanjung, dan kita sentiasa membangun, ada pembangunan,” katanya pada Majlis Malam Penghargaan Sanjungan Budi Lambaian Kasih Tourism Pahang di Grand Patani Cafe di sini, semalam. 

Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Negeri, YB. Dato’ Sri Mohd Shakar Shamsuddin; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob dan Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man.

Tambah beliau lagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada 2027 juga akan menjadi faktor penyumbang yang pertambahan pelancong di negeri ini.

Majlis berkenaan bertujuan meraikan mantan Pengerusi Tourism Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar, mantan Timbalan Pengerusi Tourism Pahang, YB Dato’ Sri Sh. Mohamed Puzi Sh. Ali, serta mantan-mantan Ahli Lembaga Pengarah Tourism Pahang yang telah mengangkat sektor pelancongan Pahang sehingga terkenal di seluruh dunia. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 71.8% Malaysia
South Korea 8.7% South Korea

Total:

32

Countries
007604
Today: 1
Yesterday: 25
This Week: 172
This Month: 183
Last Month: 1,387
Total: 7,604
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 03 September 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile