Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 3 FEBRUARI 2024 : Seramai kira-kira 50,000 orang ramai membanjiri Karnival Anak Pahang yang bermula semalam di Dataran Sayangi Kuantan.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal berkata, sambutan yang sangat meriah ini membabitkan pelbagai peringkat umur dari seluruh negeri.

Jelasnya, pelbagai acara telah diatur bagi menarik kunjungan daripada pelbagai peringkat umur termasuklah Program Aneka Juadah Pahang yang menampilkan 11 menu tradisi Pahang dari setiap daerah.

Sebanyak 10,000 pek makanan tradisi yang diagihkan secara percuma kepada pengunjung antaranya adalah nasi kebuli, bubur durian musang king, scone, asam rong, gulai lemak udang galah dan banyak lagi.

“Ini menunjukkan bahawa aneka juadah Pahang ini mendapat sambutan yang cukup baik dari seluruh rakyat Pahang dan tadi saya sembang dengan Exco Pelancongan, YB Leong Yu Man nak menjadikan ini sebagai acara tahunan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Program Aneka Juadah Pahang di Dataran Sayangi Kuantan, pagi tadi. 

Hadir sama ialah Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sabariah Saidan, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man dan ketua-ketua jabatan.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini menyediakan pelbagai program menarik kepada pengunjung antaranya Himpunan Pahlawan Pahang, Tayangan Wayang Pacak, persembahan kesenian dan kebudayaan, aneka juadah Pahang, subuh warrior, larian kemakmuran dan sukan rakyat.

Pada malam ini pula, KDYMM Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan memuliakan Malam Karnival Rakyat Pahang.

Turut mengiringi baginda berdua pada malam ini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan, persembahan artis dan perarakan kereta berhias.

“Jadi ambillah peluang dan kesempatan hadir ke macam-macam acara sempena Karnival Rakyat Pahang ini yang diadakan sempena keberangkatan balik KDYMM Sultan Pahang ke Negeri Pahang ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.8% Malaysia
Sweden 10.2% Sweden

Total:

30

Countries
005948
Today: 3
Yesterday: 22
This Week: 123
This Month: 556
Last Month: 583
Total: 5,948
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 26 Julai 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile