Accessibility Tools

contactFAQAduansitemap  Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                                      
 
51126

KUANTAN, 5 NOVEMBER 2026 : Penganjuran Persidangan Pelancongan Islam Sedunia Kali Ke-5 (WITC 2026) di Pahang membuka peluang lebih luas kepada negeri ini untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim berpotensi tinggi di peringkat antarabangsa.

Menghimpunkan lebih 150 peserta antarabangsa dari lebih 35 negara, persidangan itu menjadi platform strategik untuk memperkenalkan keunikan produk pelancongan Pahang, selain meneroka peluang kerjasama serta potensi ekonomi baharu dalam industri pelancongan mesra Muslim.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, penganjuran persidangan itu bukan sekadar memperkenalkan Pahang kepada dunia, malah membuka ruang perbincangan mengenai peranan sektor pelancongan dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, Pahang mempunyai potensi besar dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan, pertanian, pembuatan dan perkhidmatan yang perlu dimanfaatkan bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.

“Kita mahu segala peluang yang wujud melalui pembangunan sektor-sektor ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuk peniaga kecil, usahawan tempatan, pengusaha inap desa serta komuniti luar bandar.

“Inilah semangat yang dibawa menerusi agenda Pahang 1st, yang meletakkan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap perancangan dan pelaksanaan dasar kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail sempena majlis perasmian WITC 2026 di Hotel Zenith, di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Pusat Pelancongan Islam (ITC), pemain industri serta rakan strategik antarabangsa bagi memperkasa sektor pelancongan mesra Muslim.

Katanya, persidangan bertemakan Faith and Family Beyond Borders atau Keimanan dan Keluarga Merentasi Sempadan itu membawa mesej bahawa pelancongan bukan sekadar aktiviti mengunjungi sesuatu destinasi, sebaliknya berperanan menyatukan masyarakat, memperkenalkan kepelbagaian budaya serta membina hubungan persahabatan merentasi negara dan komuniti.

WITC 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 5 hingga 6 November ini dianjurkan oleh ITC, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), dengan Kerajaan Negeri Pahang sebagai tuan rumah rasmi.

Persidangan itu menampilkan 13 trek perbincangan yang merangkumi pelbagai isu strategik industri pelancongan, termasuk pasaran baharu, masa depan umrah, perkembangan geopolitik, kecerdasan buatan generatif (AI), gastronomi halal, warisan Islam serta pengiktirafan mesra Muslim.

Penganjuran WITC 2026 turut menyaksikan pertukaran empat Memorandum Persefahaman (MoU) strategik antara ITC dengan rakan kerjasama dalam dan luar negara bagi memperkukuh ekosistem pelancongan mesra Muslim serta memperluas capaian pasaran antarabangsa.

Antara kerjasama berkenaan melibatkan Tourism Pahang dengan King’s Park Genting Highlands bagi mempromosikan destinasi itu sebagai salah satu produk pelancongan unggul negeri ini.

Selain itu, kerjasama antara ITC, King’s Park Genting Highlands dan Rita Synergy Holdings Sdn. Bhd. turut memberi tumpuan kepada pembangunan ekosistem mesra Muslim bertaraf premier di Genting Highlands.

Dua lagi kerjasama melibatkan ITC dengan Halaali App Ltd dari Kanada bagi integrasi digital dan promosi global, serta Halal Certification Services (Chongqing) Co., Ltd. bagi pelaksanaan Program Pengiktirafan Jaminan Mesra Muslim (MFAR) dan pembangunan kapasiti di China.

Majlis perasmian turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), YH Tuan Chua Choon Hwa; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Puan Leong Yu Man; Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, YDH Dato’ Sri Haji Wan Abdul Wahid Wan Hassan serta ketua-ketua jabatan. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 68.4% Malaysia
United States of America (the) 9.4% United States of America (the)

Total:

84

Countries
036616
Today: 49
Yesterday: 43
This Week: 208
This Month: 242
Last Month: 1,662
Total: 36,616
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2026 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 05 November 2026 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile