Accessibility Tools

contactFAQAduansitemap  Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                                      
 
201126

KUANTAN, 20 NOVEMBER 2026 : Pahang merekodkan sebanyak 16.6 juta kedatangan pelancong bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sekali gus melepasi sasaran tahunan 15.5 juta pelancong yang ditetapkan bagi 2026. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Puan Leong Yu Man berkata, pencapaian itu menunjukkan perkembangan positif industri pelancongan negeri berbanding 11.47 juta kedatangan pelancong yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, peningkatan berkenaan mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam mempergiat promosi serta memperkukuh pembangunan produk pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Pahang. “Berdasarkan statistik Tourism Pahang, Negeri Pahang telah merekodkan 16.6 juta kedatangan pelancong bagi tempoh Januari hingga September 2026, berbanding 11.47 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 31.13 peratus.

“Pencapaian ini melebihi sasaran 15.5 juta pelancong bagi tahun 2026. Kerajaan Negeri juga akan terus mempergiat usaha bagi merealisasikan aspirasi YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail untuk mencapai 17 juta pelancong,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, YB Tuan Su Keong Siong pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata sektor ekopelancongan turut menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila beberapa destinasi utama mencatatkan peningkatan kedatangan pelancong bagi tempoh Januari hingga September 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu. Katanya, Janda Baik merekodkan peningkatan tertinggi sebanyak 81.06 peratus, diikuti Bukit Fraser (50.48 peratus), Jerantut (30.68 peratus) dan Cameron Highlands (2.14 peratus).

Menurut beliau, peningkatan kedatangan pelancong ke destinasi berkenaan turut memperlihatkan potensi sektor ekopelancongan sebagai antara tarikan utama yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan Pahang. Kerajaan Negeri akan terus mempergiat usaha promosi dan pembangunan produk pelancongan bagi mengekalkan momentum kedatangan pengunjung serta mencapai aspirasi 17 juta pelancong pada tahun ini. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.1% Malaysia
United States of America (the) 10.1% United States of America (the)

Total:

97

Countries
037836
Today: 28
Yesterday: 83
This Week: 28
This Month: 1,462
Last Month: 1,662
Total: 37,836
MyHRMIS Mobile
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2026 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 23 November 2026 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini