Accessibility Tools

contactFAQAduansitemap  Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                                      
 
200626

RAUB, 20 JUN 2026 : Kerajaan Negeri Pahang akan terus memberikan sokongan bagi memastikan acara pelancongan bertaraf antarabangsa terus berkembang, sekali gus memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi ekopelancongan utama negara. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man berkata, penganjuran Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser Kali Ke-37 bukan sahaja mempromosikan Bukit Fraser sebagai destinasi pemerhatian burung bertaraf antarabangsa, malah turut memberi impak positif kepada ekonomi setempat melalui peningkatan kehadiran pelancong. 

“Hotel, resort, restoran dan peniaga tempatan turut menerima manfaat daripada penganjuran acara ini yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi komuniti setempat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser Kali Ke-37, di sini hari iniMenurut beliau, pertandingan itu menerima penyertaan daripada pelbagai negara termasuk Australia, China, India, Indonesia, Jepun, Nepal, New Zealand, Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Taiwan, selain peserta dari seluruh negara.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut memberi penekanan terhadap aspek pendidikan dan pemuliharaan alam sekitar menerusi kerjasama dengan Malaysian Nature Society (MNS) melalui penganjuran Kem Biodiversiti yang melibatkan pelajar sekolah dari seluruh negara.  Tambah beliau, kejayaan acara tersebut adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai agensi yang menyediakan sokongan teknikal serta kepakaran.

“Kerajaan Negeri Pahang akan terus memberikan perhatian dan sokongan yang sewajarnya bagi memastikan acara pelancongan seperti ini dapat diteruskan serta diperkasakan pada masa hadapan,” katanya. Penganjuran program ini bukan sahaja menyumbang kepada usaha pemuliharaan biodiversiti, malah memperkukuhkan lagi kedudukan Pahang sebagai destinasi ekopelancongan utama negara selaras dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026.- PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 69.0% Malaysia
United States of America (the) 8.8% United States of America (the)

Total:

75

Countries
034546
Today: 15
Yesterday: 22
This Week: 93
This Month: 477
Last Month: 535
Total: 34,546
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2026 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 24 September 2026 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile