27 Oct, 2021
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

100 Tahun Bukit Fraser - Persembahan

  0   0
11111111110.00 out of 0 user(s)
1583 views

added by pkbfver3 on 10 Januari 2020

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Sambutan 100 Tahun Bukit Fraser di Bukit Fraser di sini pada Sabtu. Baginda sebelum itu tiba di majlis berkenaan pada 8.50 malam dengan diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah. Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Majlis ulang tahun seumpama itu julung kali diadakan sejak pembukaan Bukit Fraser iaitu daripada sebuah kawasan perlombongan kepada sebuah pusat peranginan tanah tinggi oleh seorang pengembara yang juga ahli perniagaan Scotlands, Louis James Fraser pada 1919.

Related Videos

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr