09 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

Temerloh: Sebuah bandar pintar bakal dibina di daerah ini antara strategi jangka panjang melonjakkan ekonomi Temerloh. Pembinaan perbandaran baharu ini bakal menjadi daerah titik tengah Semenanjung itu sebagai hub industri, teknologi, ekonomi dan pelancongan. Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Mohd Shamsudin berkata, rancangan jangka panjang itu boleh direalisasikan sebaik mandat diberikan kembali kepada BN untuk mentadbir Pahang. 

Menurutnya, bandar pintar itu juga akan menempatkan pusat pentadbiran kerajaan, kawasan perindustrian, stesen kereta api dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). "Tanah seluas 810 hektar di kawasan Mentakab sudah dikenal pasti untuk dibangunkan. "Hasrat untuk membina bandar pintar di Temerloh adalah pelan jangka panjang yang mampu merancakkan ekonomi setempat kerana pelbagai sektor akan menerima manfaat. "Kedudukan Temerloh sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia juga membolehkan daerah ini menjadi transit untuk sistem pengedaran logistik dan pelancongan di Pahang," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Karnival Inap Desa, di sini, hari ini.  Mengulas lanjut mengenai karnival, Mohd Sharkar berkata, pengusaha inap desa di negeri ini perlu memanfaatkan pembukaan semula ekonomi untuk meningkatkan pendapatan dengan kemasukan pelancongan.

Katanya, seramai 15 juta pelancong direkodkan di Pahang tahun ini menjadikan industri pelancongan antara sektor utama yang menjana ekonomi bagi negeri ini. "Pengusaha inap desa perlu manfaatkan kedatangan pelancong pasca Covid-19 semakin meningkat bagi menjana pendapatan tambahan. "Di Pahang, terdapat 38,000 bilik hotel dan mungkin angka itu tidak cukup untuk menampung kedatangan pelancong khususnya ketika cuti umum dan cuti sekolah. "Jadi saya lihat industri inap desa ini berpotensi untuk dimajukan sekali gus membantu warga desa untuk menjana pendapatan," katanya.

Sumber: Harian Metro

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Peta Laman MYHRMIS MOBILE Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.