• Cetak

TEMERLOH: Pahang bakal memiliki trek litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa yang bakal menjadi tarikan pelancongan terbaharu di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, trek itu akan dijadikan pusat setempat untuk kereta, bot, helikopter dan kapal terbang kawalan jauh. Katanya, pembinaan litar berkenaan sedang diperhalusi supaya menepati piawaian antarabangsa.

“Sukan lumba kereta kawalan jauh kian mendapat sambutan dan minat itu perlu disokong,” katanya pada majlis Kejohanan Lumba Kereta Kawalan jauh anjuran Kelab Kechik Warrior Taman Gopeng Mentakab, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Temerloh, Azril Sarit dan Pengerusi Kelab Kechik Warrior, Shaiful Bahari Mohamad. Kejohanan sehari itu menarik 50 peserta dari Temerloh, Kuantan, Lipis, Bentong, Kelantan, Johor dan Kuala Lumpur.

Sumber: Fikrah Pahang