17 May, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

 

 

KUANTAN: Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) memperuntukkan RM450,000 untuk menaik taraf Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest, Cameron Highlands.

Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Regina Mariah Jong berkata, tiga projek menarik taraf pusat pelancongan itu membabitkan kawasan meletak kenderaan, bangunan kaunter tiket dan penerangan serta pelantar pemandangan.

Menurutnya, turut sama dinaik taraf ialah replika tulisan ‘Taman Eko Rimba Mossy Forest’ yang lebih menarik supaya pelancong boleh mengabadi gambar kenangan mereka.

“Projek menarik taraf TER Mossy Forest kini hampir siap sepenuhnya mengikut jadual. Pelancong sudah boleh berkunjung ke TER Mossy Forest,” katanya.

Beliau berkata, TER Mossy Forest kini menjadi antara produk pelancongan yang terkenal di Cameron Highlands dan ia telah dibuka sepenuhnya selepas ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – MOHD IMRAN IZZAD

Sumber - Fikrah Pahang

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Homestay Negeri Pahang Mengikut Lokasi Statistik Kedatangan Pelancong Ke Homestay Di Negeri Pahang Perbandingan Kedatangan Pelancong Domestik, Asean Dan Antarabangsa Ke Negeri Pahang KEDATANGAN PELANCONG KE PAHANG