09 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

Kuantan: Ikon pelancongan terkini bandar raya pertama Pahang, Kuantan 188, menara kedua tertinggi di Malaysia disasar menerima kehadiran 350,000 pengunjung tahun ini. Pengarah Urusan Kuantan 188 Datuk Zulkifli Mohamad berkata, sejak dibuka secara rasmi pada 15 Disember lalu, Kuantan 188, yang dibina berinspirasikan daun dan bunga pokok teruntum putih yang banyak terdapat di pesisir Sungai Kuantan pada masa dahulu, sudah menerima kehadiran 45,791 pengunjung. Beliau berkata, pengunjung mercu tanda strategik itu dapat merasai pengalaman unik dan menarik yang ditawarkan menara setinggi 188 meter itu melalui pemandangan 360 darjah bandar Kuantan.

"Selain pemandangan daripada anjung tinjau setinggi 92 meter (m) yang menawarkan pemandangan 360 darjah dan di ketinggian 104 m menerusi anjung tinjau terbuka, Kuantan 188 turut menawarkan pengalaman menjamu selera pada ketinggian 98 m bermula Ramadan ini. "Bagi mereka yang sukakan cabaran, pelbagai aktiviti lasak boleh dicuba seperti 'sky walk', pendakian tiang dan terjunan berpandu seperti yang terdapat di Menara Macau dan Taipei 101," katanya pada sidang media pelancaran dan penjenamaan Kuantan 188 di sini, hari ini. Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Dr Santhara J P dan turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Hospitality 360 Sdn Bhd Datuk Omar Naresh Mohan serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman. Pada majlis itu, menara yang dibangunkan kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri itu turut menerima sijil sebagai ahli rasmi World Federation of Great Towers (WFGT) yang terdiri daripada menara-menara terkenal dunia.

Menara dengan reka bentuk yang tegak dan profil tirus sebagai simbolik persenjataan tradisional Melayu berupa hujung bilah lembing yang terdapat pada Jata Negeri Pahang, sebelum ini dikenali sebagai Menara Teruntum sebelum ditukar kepada Menara Kuantan 188 dan kini hanya Kuantan 188, mengambil kira ketinggiannya. Zulkifli berkata menara yang terletak di tepi Sungai Kuantan itu bersedia menerima tempahan bagi majlis persendirian selain mengalu-alukan usahawan atau pemain industri sektor kraf atau makanan untuk turut serta menjalankan aktiviti berkaitan pelancongan di menara dan Laman Teruntum di situ.

Sementara itu, Santhara menyifatkan penjenamaan semula Kuantan 188 sebagai tepat pada masanya, terutamanya dengan jangkaan pembukaan semula sempadan negara pada suku kedua tahun ini, selain aktiviti lasak ditawarkan mampu menarik segment pelancongan tersendiri. "Aktiviti tersebut sesuai dengan minat anak muda dan saya juga difahamkan Kuantan 188 akan menjadi mercu tanda pengalaman teknologi 5G, realiti maya dan produk gaya hidup berasaskan teknologi, yang dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara serta meningkatkan imej pelancongan tempatan," katanya. Sejak 1 Januari lalu, operasi menara itu dikendalikan Syarikat Hospitality 360, anak syarikat MAA Group Berhad yang berpengalaman dalam pelbagai sektor perniagaan termasuk pelancongan sejak 1992.

Sumber : Sinar Harian

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Peta Laman MYHRMIS MOBILE Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.