29 Nov, 2021
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

CAMERON HIGHLANDS - Kawasan peranginan Cameron Highlands kembali menjadi tumpuan orang ramai setelah pergerakan rentas negeri dibenarkan berkuat kuasa Isnin lalu. Tinjauan Sinar Harian pada Sabtu di beberapa lokasi tumpuan mendapati, berlaku penambahan bilangan kenderaan dan kehadiran orang ramai sejak jam 9 pagi sehingga berlaku sedikit kesesakan. Mereka dilihat berkunjung ke lokasi tumpuan antaranya ladang teh di Ringlet, kebun strawberi di Tanah Rata, tempat makan di Taman Sedia, pasar malam di Brinchang dan pasar Kea Farm yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti buah-buahan, sayuran, cenderahati dan makanan ringan.

Pengunjung, Saidi Ismail, 63, dari Kota Bharu, Kelantan mengambil kesempatan singgah bercuti ke Cameron Highlands selepas berkunjung ke rumah anaknya di Kuala Lumpur, Rabu lalu. Katanya, mereka sekeluarga sudah menjangkakan kesesakan berlaku, namun tidak kisah kerana memang sudah lama menyimpan hasrat untuk bercuti selepas lebih setahun berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Sebelum ini kalau ke mana-mana memang akan singgah Cameron Highlands, jadi bila kerajaan dah beri kebenaran, kita rasa seronoklah dapat luangkan masa bersama-sama keluarga.

"Cumanya dalam keadaan orang ramai ni, kenalah jaga-jaga, kekal patuhi semua SOP (prosedur operasi standard) untuk keselamatan diri dan keluarga," katanya yang kali terakhir ke Cameron Highlands dua tahun lalu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/167316/EDISI/Cameron-Highlands-kembali-sesak-dengan-pelancong © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr