29 Nov, 2021
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

TEMERLOH - Pahang mencatatkan kemerosotan kehadiran pelancong hingga 79 peratus pada tahun ini akibat pandemik Covid-19. Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, Pahang menerima kehadiran 486,000 pelancong berbanding 2.3 juta pada tempoh sama untuk tahun sebelumnya. "Tahun ini paling teruk. Kami akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan kembali jumlah tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim. Dalam pada itu Mohd Sharkar memberitahu, setakat ini jumlah kehadiran Pelancong ke Pahang memuaskan dan tinjauan mendapati tempahan penginapan di lokasi-lokasi tumpuan habis selepas pengumuman pergerakan rentas negeri dibenarkan bermula Isnin. "Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama pelancong-pelancong domestik kerana memilih Pahang sebagai destinasi pilihan untuk melancong. "Selain daripada itu, semua tempat pelancongan di negeri ini telah bersedia dan pemain industri dipastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Sekiranya ada kes Covid-19, mereka akan dikenakan kuarantin dan ditutup selama 14 hari," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, Pulau Tioman menerima tempahan hingga 2,500 pelancong sejak kerajaan mengumumkan pergerakan rentas negeri bermula pada 11 Oktober lalu. Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pemain industri pelancongan di negeri itu mematuhi SOP ditetapkan. "Kita ingin memastikan tiada kes positif berlaku di lokasi-lokasi pelancongan di Pahang dan ia untuk meraih keyakinan pelancong datang ke negeri ini," katanya. Tambahnya, di Pahang terdapat 50,000 penempatan meliputi bilik-bilik hotel, chalet, homestay dan sebagainya dan adalah mustahil untuk pihak pelancongan mengadakan pemeriksaan di semua tempat.

"Tapi jika kami buat pemeriksaan secara rambang dan mendapati ada individu hanya menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19 dan dan tak patuh SOP, mereka akan terima akibatnya," kata beliau.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/167264/EDISI/Jumlah-pelancong-ke-Pahang-merosot-79-peratus © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr