09 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KERAJAAN akan menumpukan beberapa sektor yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 termasuk pelancongan, peruncitan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Bajet 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Selain itu, unjuran pertumbuhan ekonomi negara akan turut diumumkan dalam pembentangan belanjawan tersebut pada 29 Oktober depan, kata beliau.

Menurutnya, kerajaan optimis ekonomi negara mampu pulih pada tahun hadapan yang turut selari dengan unjuran pertumbuhan positif oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia bagi 2022. Malah, katanya, ini boleh dicapai menerusi komitmen tinggi kerajaan untuk memulihkan semua sektor terjejas akibat pandemik itu walaupun tempoh pemulihan mungkin berbeza serta bergantung kepada sektor ekonomi berkenaan.

“(Oleh itu) dalam pembentangan belanjawan itu nanti, kita akan memberikan tumpuan dan bantuan kepada semua sektor termasuk sektor yang paling terkesan iaitu pelancongan, peruncitan dan PKS yang terjejas. “Pada tahun ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur tumbuh antara tiga peratus hingga empat peratus manakala IMF serta Bank Dunia memberi unjuran lima peratus hingga enam peratus bagi 2022. “Ini menunjukkan ekonomi kita akan pulih pada tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Limbahan/Jeti Sudin dekat Tasik Bera di sini, pada Sabtu. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. -Bernama 

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/164800/BISNES/Sektor-pelancongan-PKS-diberi-tumpuan-dalam-bajet-2022 © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Peta Laman MYHRMIS MOBILE Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.