29 Nov, 2021
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

BERA - Penangguhan gelembung pelancongan di Pulau Tioman yang sepatutnya dibuka bermula Jumaat merupakan langkah tepat melihat kepada situasi Covid-19 ketika ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata, beliau akur dan menyambut baik dengan penangguhan tersebut. Menurutnya, pulau berkenaan akan berdepan masalah logistik sekiranya dibuka dan dalam masa sama jangkitan Covid-19 terus menular. "Bukan kita sahaja, malah ramai pihak tidak mahu mengambil risiko terhadap penularan Covid-19. Jika ada kes positif Covid-19 di Pulau Tioman, kita akan mengalami krisis logistik kerana perlu membawa keluar pesakit. Jadi kos pengangkutan sangat tinggi.

"Tidak semua operator pengangkutan mahu membawa pesakit positif berbanding di darat yang banyak alternatif. Di Pulau Tioman agak terganggu dari segi logistik," katanya dalam sidang akhbar sempena perasmian sambutan Jubli Perak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Dewan Sri Kempas di sini pada Jumaat. Pada Selasa, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim mengumumkan gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang sepatutnya dibuka pada 1 Oktober 2021 ditangguhkan ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak. Menurut Kamaruddin, ia berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bahawa pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan serta aktiviti rentas negeri hanya boleh dilaksanakan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa. Sementara itu, Mohd Johari berkata, pemain industri dan penduduk sebelum ini sudah bersedia untuk membuka Pulau Tioman kepada pengunjung luar.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/164572/EDISI/Tangguh-gelembung-pelancongan-di-Pulau-Tioman-langkah-tepat © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr