09 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

TEMERLOH: Pahang meminta lapan destinasi popular di negeri ini dibenarkan beroperasi di bawah projek gelembung pelancongan domestik kerana lokasi-lokasi terbabit telah pun bersedia untuk dibuka setelah lebih dua tahun ditutup akibat pandemik Covid-19. Lapan destinasi itu, Pulau Tioman, Bukit Fraser, Genting Highlands, Cameron Highlands, Taman Negara Kuala Tahan, Hutan Taman Negeri, Janda Baik dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, destinasi itu sudah mencapai imuniti kelompok lebih 90 peratus. “Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah mengarahkan Exco Pelancongan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri turun padang dan memastikan destinasi-destinasi popular berkenaan melepasi imuniti kelompok. “Kerajaan negeri begitu yakin dan telah menguar-uarkan destinasi pelancongan seperti Pulau Tioman dan Bukit Fraser dijangka dibuka Ogos lalu tetapi kini telah masuk September,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di Mentakab bagi mengulas pembukaan Pulau Langkawi menjadi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula Khamis lalu. 

Mohd. Sharkar berkata, surat rayuan telah dihantar kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri bagi dipertimbangkan demi kelangsungan sektor pelancongan di negeri ini. Jelasnya, destinasi pelancongan yang dicadangkan dibuka di Pahang mempunyai satu laluan utama ke situ kecuali Cameron Highlands bagi memudahkan pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP). “Sebagai contoh hanya Jeti Tanjung Gemok dibuka untuk ke Pulau Tioman. Tiada penerbangan dibenarkan kecuali pesawat persendirian,” katanya. Tambah beliau, kerajaan negeri agak kecewa Pahang tidak dimasukkan sebagai destinasi pilihan kerana statusnya tiada berbeza dengan Pulau Langkawi. Bagaimanapun ujarnya, kerajaan Pahang mengalu-alukan pembukaan Pulau Langkawi sebagai usaha ‘menghidupkan’ sektor pelancongan negara. – UTUSAN

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Peta Laman MYHRMIS MOBILE Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.