18 Sep, 2021
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

ROMPIN: Aktiviti selam skuba di Pulau Tioman di sini seharusnya dibenarkan kembali beroperasi kerana ia merupakan pemangkin kepada rangkaian pertumbuhan ekonomi di pulau peranginan tersebut. Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Kamaruddin Ibrahim berkata, pengusaha pusat selam skuba sudah lama bersedia untuk beroperasi malah telah mendapat beratus tempahan pakej untuk aktiviti berkenaan. Katanya, beliau difahamkan kira-kira 600 pakej selam skuba di pulau itu daripada sejumlah 1,000 pakej yang sama di seluruh negara telah ditempah pelancong.

“Tetapi mereka (pelancong) terpaksa mereka bersabar  kemungkinan sehingga bulan Mac 2022 untuk dibenarkan menyelam skuba di Pulau Tioman. “Ini kerana bermula Oktober hingga beberapa bulan selepas itu pulau ini akan ditutup kepada semua aktiviti pelancongan kerana musim tengkujuh dan sebarang aktiviti di laut tidak dibenarkan sama sekali. “Oleh itu, memang merupakan satu keperluan untuk aktiviti selam skuba dibenarkan sebelum bermulanya musim tengkujuh,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 187 pemandu pelancong dan pemandu bot pelancong di Pulau Tioman kelmarin.

Kamaruddin berkata, apabila selam skuba dibenarkan, maka banyak aktiviti ekonomi tempatan dapat dijanakan antaranya, bilik penginapan, pusat selam skuba, kedai makan dan kedai cenderamata. Beliau menjelaskan, kira-kira 80 peratus penduduk di Pulau Tioman bergantung harap pada aktiviti pelancongan dan mereka telah lengkap divaksin.  “Begitu juga dengan pelancong yang membeli pakej selam skuba, mereka juga lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr