18 Sep, 2021
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

TAMAN Eko Rimba (TER) Mossy Forest, Cameron Highlands ditutup sementara selama dua minggu sepanjang PKP 3.0. FOTO Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menutup sementara 26 Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 seluruh negara selama dua minggu bermula 13 Mei lalu.

Turut ditutup bagi aktiviti riadah ialah kawasan pendakian dan perkelahan yang terdapat dalam hutan simpan kekal.

Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) JPNP, Regina Mariah Jong berkata, keputusan menutup sementara semua pusat perkelahan itu diputuskan demi keselamatan dan kesihatan orang ramai.

Katanya, dalam tempoh berkenaan, Pejabat Hutan Daerah (PHD) tidak akan mengeluarkan permit untuk memasuki hutan simpan kekal bagi tujuan aktiviti riadah.

"JPNP memohon maaf terhadap keputusan menutup sementara semua 26 TER, HTN dan hutan simpan kekal bertujuan membendung penularan wabak Covid-19di negara ini.

"Keputusan berkenaan dibuat demi kebaikan bersama, kita tidak mahu keseronokan bersama keluarga dan rakan di pusat perkelahan di bawah seliaan JPNP berakhir dengan kejadian tidak diingini," katanya.

Sumber: Harian Metro

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr