A- A A+
20 Oct, 2017

 PENGENALAN 

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) telah ditubuhkan pada tahun 1968 di bawah Enakmen nombor 4, 1968. Sebuah Badan Berkanun kepada Kerajaan Negeri Pahang, PKBF bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembangunan dan pengurusan Bandar Bukit Fraser.

Pada bulan Jun 1997, dengan perkembangan pesat industri pelancongan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah badan Pelancongan dengan menggabungkan sumber yang ada yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang ( Bahagian Pelancongan) dan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.

 FUNGSI 

  1. Semenjak bulan Jun 1997 juga, PKBF telah diubah fungsinya daripada sebuah Lembaga Bandaran kepada Badan Berkanun Kerajaan yang mengawal, mengurus dan mempromosikan pelancongan seluruh Negeri Pahang.
  2. Fungsi PKBF seperti yang termaktub di bawah seksyen 3 (a) yang telah dipinda adalah untuk menyelaskan pembangunan kediaman, industri, perdagangan, kebudayaan dan kesenian serta aktiviti -aktiviti lain yang dihitungkan akan mengggalakkan pembangunan Pahang sebagai suatu destinasi pilihan.
  3. Dengan perubahan fungsi ini juga, PKBF menerima geran daripada kerajaan negeri dan hak mengutip cukai taksiran dipindahkan ke Majlis Daerah Raub pada 1999.

 OBJEKTIF JABATAN 

  1. Menjadikan Negeri Pahang sebagai destinasi pelancongan sepanjang tahun
  2. Meningkatkan kedatangan kepada 15 juta pelancong ke Negeri Pahang menjelang 2020
  3. Meningkatkan perbelanjaan pelancong ke Negeri Pahang kepada RM20 bilion pada tahun 2020
  4. Meningkatkan temph masa tinggal pelancong sehingga 5 hari menjelang tahun 2020
  5. Membantu dalam mengenalpasti dan membangunkan produk dan destinasi pelancongan baru
  6. Membantu di dalam meningkatkan bilangan usahawan bumiputera di dalam industri pelancongan
  7. Merancang dan membantu kerajaan negeri meningkatkan pelaburan di dalam sektor pelancongan di Negeri Pahang

 

 

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr 1msia