Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
PPUn

KUANTAN, 22 APRIL 2025 : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah meluluskan sebanyak 24 projek penyelenggaraan infrastruktur pelancongan di bawah peruntukan Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (PPUN) Fasa 1 bernilai RM7.77 juta bagi negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man berkata, jumlah terbabit telah menunjukkan peningkatan sebanyak RM 4,215,000 iaitu 120 peratus berbanding 15 projek dengan peruntukan sebanyak RM 3.485 juta bagi tahun lalu.

“MOTAC turut memohon cadangan bagi projek dibawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang agar semua permohonan selaras dengan keperluan dan sasaran Kerajaan Negeri Pahang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, YB. Tuan Woo Chee Wan dalam sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri Pahang terus memperkukuh sektor pelancongan menerusi pelbagai inisiatif pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur pelancongan, termasuk latihan peningkatan kemahiran kepada penggiat industri. “Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan sektor pelancongan menerusi pelaksanaan kursus pemandu pelancong alam semula jadi, kursus pengurusan pelancongan, serta program peningkatan kemahiran bagi pengusaha pelancongan tempatan.

“Inisiatif ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pengembangan ekopelancongan di kawasan yang kaya dengan sumber alam seperti Taman Negara Kuala Tahan, Cameron Highlands, dan Pulau Tioman,” katanya lagi. Tambahnya lagi, antara latihan yang akan diberikan adalah Adventure Park Instructor Course pada 14 hingga 15 April ini bertempat di Via Ferata dan zipline di Merapoh, Pahang dengan anggaran penyertaan seramai 30 orang peserta, lima jurulatih dan tiga urusetia.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pemasangan AED bagi kawasan pelancongan di Kuantan (Teluk Cempedak) dan Lipis (Dewan Residen) bagi memberikan pertolongan cemas kepada pelancong yang mengalami serangan jantung mendadak. “Dengan pelbagai inisiatif tersebut, Kerajaan Negeri Pahang berusaha memastikan Pahang kekal sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan menawarkan pengalaman unik kepada pelancong tempatan dan antarabangsa, sambil memelihara keindahan alam semula jadi serta warisan budaya negeri ini,” ujarnya lagi. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 80.5% Malaysia
South Korea 5.6% South Korea

Total:

46

Countries
015651
Today: 26
Yesterday: 55
This Week: 279
This Month: 3,954
Last Month: 599
Total: 15,651
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 23 April 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile