Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
tahniah_pahang

KUANTAN, 20 MAC 2025 : Negeri Pahang telah mencatatkan Kadar Purata Tempoh Penginapan Tertinggi di Malaysia dengan kadar 75.6 peratus bagi jangka masa Januari hingga Disember 2024 iaitu peningkatan sebanyak 1.5% berbanding pada tahun 2023.Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang, Puan Leong Yu Man berkata, Kadar Purata Penginapan ini dinilai lebih dari 36,000 jumlah bilik penginapan berdaftar di Negeri Pahang, hasil sumber diperolehi daripada Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia.

“Data diperolehi menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di kedudukan kedua dengan purata 62.6 peratus, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya di kedudukan ketiga dengan purata 56.5 peratus. Kedudukan keempat ialah Negeri Pulau Pinang dengan purata 56.8 peritus, disusuli kedudukan kelima iaitu Negeri Johor dengan purata 52.3 peratus. “Berdasarkan statistik kedatangan pelancong di negeri Pahang bagi tempoh masa Januari hingga Disember 2024, seramai 13.7 juta orang pelancong telah berkunjung ke negeri ini dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM12.34 bilion.

“Angka berikut telah menunjukkan peningkatan sebanyak 3.81 peritus berbanding tahun 2023 yang merekodkan jumlah kedatangan pelancong seramai 13.2 juta orang dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM11.88 bilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, berdasarkan data infografik yang diperoleh daripada Tourism Malaysia bagi tahun 2024, Negeri Pahang mencatatkan jumlah kedatangan penginap hotel tertinggi dalam kalangan pelancong tempatan dengan 11.6 juta orang.

Menurut beliau, lima daerah di Negeri Pahang menunjukkan jumlah kedatangan pelancong yang amat positif ialah Bentong, Kuantan, Cameron Highlands, Temerloh dan Rompin. “Destinasi-destinasi pelancongan seperti Genting Highlands, Cameron Highlands, Bandaraya Kuantan, Cerating dan Pulau Tioman kekal relevan dan menjadi tumpuan dengan jumlah kedatangan pelancong yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun,” katanya. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 80.5% Malaysia
South Korea 5.6% South Korea

Total:

46

Countries
015654
Today: 29
Yesterday: 55
This Week: 282
This Month: 3,957
Last Month: 599
Total: 15,654
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 23 April 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile