Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
sarong

KUANTAN , 14 SEPTEMBER 2025 : Program Keretapi Sarong 2025 Kuantan menjadi pentas menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa di negeri ini terutamanya meraikan Sambutan Hari Malaysia yang bakal tiba. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Kerajaan Negeri Pahang turut menyambut baik program yang memasuki tahun kedua penganjurannya ini. 

“Kerajaan Negeri Pahang sememangnya menyokong penuh penganjuran program seperti ini yang dapat menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa, pelbagai latar belakang di bumi Pahang ini. “Dan pengisiannya cukup menarik, selain ada macam-macam acara, dan pengisian antaranya ikrar Rukun Negara, ada pencak silat, tarian kebudayaan, lagu-lagu lama dan kita memakai pakaian orang lama seperti sarong yang mengingatkan kita pada asal usul kita.  “Kita juga menggalakkan kesatupaduan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia yang bakal menjelang tiba,” katanya pada Program Keretapi Sarong 2025 di Kuantan Art Street. Tambah beliau, program ini juga akan diteruskan lagi pada tahun hadapan memandangkan sambutan yang diterima begitu menggalakkan daripada orang ramai. 

“Tahun depan kita buat lebih meriah walaupun tahun ini dah cukup meriah. Dan saya difahamkan hampir 5,000 pengunjung hadir. Kerajaan Negeri Pahang sudah pasti menyambut baik program-program sebegini dan kita sedia untuk bekerjasama untuk pelaksanaan pada tahun hadapan. “Moga ia dijadikan acara tahunan sebab saya tengok rakyat memang suka ini. Jadi dengan program yang bagus sebegini eloklah dilaksanakan lagi demi manfaat rakyat dan Negeri Pahang,” katanya. Beliau berkata pemilihan lokasi program di Art Street juga merupakan identiti kepada persatuan lorong seni yang patut dikekalkan selain dapat menjadi salah satu destinasi pelancongan di negeri ini. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.5% Malaysia
Indonesia 6.4% Indonesia

Total:

52

Countries
022337
Today: 13
Yesterday: 12
This Week: 39
This Month: 324
Last Month: 763
Total: 22,337
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 17 September 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile