Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
rpbic25

ROMPIN, 15 SEPTEMBER 2025 : Kerajaan Negeri Pahang akan sentiasa memberi perhatian kepada kualiti dan kuantiti kemudahan serta perkhidmatan terutamanya berkaitan aktiviti memancing laut dalam di daerah ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Ir. Razali Kassim, ini bagi memenuhi kehendak peminat aktiviti memancing laut dalam. “Pelbagai cabaran pasti akan dihadapi oleh Kerajaan Negeri Pahang khususnya daerah Kuala Rompin dalam menjual imej pelancongan dengan menjadikan aktiviti memancing laut dalam sebagai produk tarikan pelancongan. 

“Bagi mana-mana pengunjung atau pelancong, aspek kemudahan, perkhidmatan, dan infrastruktur pelancongan berkualiti dan mencukupi merupakan elemen penting yang perlu diberi perhatian di mana-mana destinasi pelancongan. “Bagi Kuala Rompin, kualiti dan kuantiti kemudahan dan perkhidmatan terutamanya berkaitan aktiviti memancing laut dalam akan sentiasa diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkaitan bagi memastikan Kuala Rompin dapat memenuhi kehendak peminat aktiviti ini terutamanya dari luar negara,” katanya. Beliau berkata , Acara Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2025 yang merupakan antara acara pelancongan utama negeri ini menjadi platform Negeri Pahang mempamerkan kekayaan sumber marinnya selain menjadi pembuka peluang menarik peserta menerokai khazanah alam yang ditawarkan di Pahang.  “Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) adalah salah satu acara utama dalam kalendar pelancongan Pahang, lokasi acara ini diadakan terkenal sebagai Sailfish Capital of Asia yang secara tidak langsung berjaya menarik pemancing dan penonton antarabangsa, sekaligus meningkatkan industri pelancongan dan mempamerkan kekayaan sumber maritim Pahang. “RPBIC 2025 bukan sekadar pertandingan sukan memancing bertaraf antarabangsa, malah berperanan sebagai platform penting untuk menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara. “Ia juga membuka peluang kepada peserta dan pengunjung untuk menerokai pelbagai tarikan ikonik di Pahang seperti Hutan Hujan Tropika Taman Negara, Pantai Cerating yang mempersona, dan keindahan tanah tinggi Cameron Highlands yang sejuk dan menyegarkan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Pahang akan sentiasa memberi perhatian kepada kualiti dan kuantiti kemudahan serta perkhidmatan terutamanya berkaitan aktiviti memancing laut dalam di daerah ini. Sebanyak 16 kumpulan menyertai RPBIC pada tahun ini melibatkan Malaysia, Singapura, Italy, China, United Kingdom, Australia, dan Jepun. PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.5% Malaysia
Indonesia 6.4% Indonesia

Total:

52

Countries
022337
Today: 13
Yesterday: 12
This Week: 39
This Month: 324
Last Month: 763
Total: 22,337
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 17 September 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile