Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
k188

KUANTAN, 15 FEBRUARI 2025: Kerajaan Negeri Pahang menggalakkan penganjuran acara bertaraf antarabangsa di setiap daerah di Negeri Pahang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man, penganjuran acara ini adalah untuk memeriahkan kempen bagi Tahun Melawat Malaysia 2026. “Kuantan 188 bukan sekadar tarikan ikonik tetapi juga destinasi utama bagi acara sukan ekstrem dan kebudayaan.

“Kuantan 188 menawarkan lokasi yang strategik dan pemandangan panorama yang menakjubkan, menjadikannya tempat yang ideal untuk cabaran BASE jump kali ini,” katanya.  Beliau berkata sedemikian ketika sidang media pada Kuantan 188 Base Jump Extreme Challenge 2025 di sini, hari ini. Acara BASE jump ini menghimpunkan 36 penerjun BASE elit dari 13 buah negara termasuk Malaysia, Finland, Indonesia, Filipina, Rusia, Singapura, Sweden, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat, India dan Perancis. Dalam pada itu, acara ini mencipta sejarah sebagai yang pertama bertaraf antarabangsa di negeri Pahang. “Dengan sokongan padu dan persiapan kukuh, Kuantan 188 BASE Jump Extreme Challenge 2025 bakal menjadi acara bersejarah dalam kalendar sukan Malaysia dimana ianya menggabungkan aksi ekstrem yang mencabar dengan panorama menakjubkan latar langit Kuantan,” katanya.

Lebih menarik lagi, edisi tahun ini bakal menyaksikan satu percubaan Guinness World Record oleh penerjun BASE terkenal, Justin Beitler dari Las Vegas, Amerika Syarikat. Beitler, pemegang rekod dunia bagi jumlah BASE terbanyak dalam tempoh 12 jam (tanpa sokongan), kini akan mencabar dirinya mencipta rekod baharu dengan melakukan jumlah terjunan BASE terbanyak dalam 24 jam menggunakan payung terjun yang sama di Kuantan 188. Sumber -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 76.1% Malaysia
South Korea 7.0% South Korea

Total:

40

Countries
010933
Today: 1
Yesterday: 24
This Week: 137
This Month: 439
Last Month: 593
Total: 10,933
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 19 Februari 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile