Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
china

KUANTAN, 12 SEPTEMBER 2025 : Program Lawatan Familiarisasi (Fam Trip) Pahang Cultural & Eco (Pahang-China) membuka peluang kepada wakil agensi pelancongan dari China untuk meneroka sendiri pelbagai tarikan utama negeri ini.

Program anjuran Tourism Pahang dengan kerjasama E Like Travel & Tours Sdn. Bhd. serta Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) itu berlangsung selama enam hari bermula 10 hingga 16 September ini melibatkan 19 wakil agensi pelancongan dari beberapa wilayah utama China seperti Beijing, Nanjing, Jiangsu, Anhui, Hangzhou dan Hebei.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man berkata, lawatan ini bukan sekadar memperkenalkan produk pelancongan tetapi memberi pengalaman langsung kepada delegasi antarabangsa. 

“International market (pasaran antarabangsa) kan, yang pertama sebenarnya dengan Singapura, yang kedua adalah dengan China. Jadi kita ingin meneruskan usaha kita supaya pelancong ke China apabila sampai ke Malaysia jangan lupa negeri Pahang.

“Biasanya mereka familiar dengan Genting Highland tapi selain Genting Highland, kita banyak produk lagi jadi untuk lawatan suai kenal Fam Trip kali ini, kita mempromosikan laut kita, pantai kita ,jadi kita membawa mereka ke Cerating.

“Kita juga mempromosikan Taman Negara kita jadi mereka juga berpeluang melawat Taman Negara pada masa yang sama, mereka juga berpeluang untuk melawat Bentong. Bentong juga kita ada produk, satu produk berantarabangsa iaitu Bentong Farm,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Business to Business (B2B) / Networking Dinner di Menara Kuantan 188, malam tadi yang merupakan acara kemuncak lawatan berkenaan.

Tambahnya, sesi B2B yang disertaj 20 penggiat industri pelancongan dari Negeri Pahang itu turut memberi peluang penggiat industri tempatan menjalin kerjasama dengan agensi pelancongan China sekali gus membuka ruang kepada pakej lawatan baharu ke Pahang.

Menurutnya, pasaran pelancongan China kini berkembang pesat dengan segmen pelancongan pendidikan, kesihatan, keusahawanan dan gastronomi.

“Sebenarnya untuk pasaran pelancongan di China untuk beberapa tahun ini ada beberapa yang menjadi semakin popular sebagai contoh, sasaran kepada murid pelajar atau mahasiswa iaitu lawatan sambil belajar.

“Yang keduanya yang mesasarkan warga emas iaitu pelancongan yang berasaskan kesihatan ataupun juga pelancongan yang mesasarkan entropionis keusahawanan di mana mereka juga nak mencari peluang untuk bisnes mereka di sini.

“Dan keempat ialah sebagai… dan juga gastro di mana Pahang kita terkenal dengan durian Musang King, kita ada halia Bentong dan kita juga nak memperkenalkan makanan sedap tempatan kita seperti Patin Tempoyak, Puding Diraja dan juga budaya kita, warisan kita. Saya percaya ini juga menjadi tarikan kepada mereka,” katanya lagi. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.5% Malaysia
Indonesia 6.4% Indonesia

Total:

52

Countries
022337
Today: 13
Yesterday: 12
This Week: 39
This Month: 324
Last Month: 763
Total: 22,337
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 17 September 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile