A- A A+
24 Sep, 2019

Facebook twitter You Tube Instagram

Musang King jadi tumpuan - 16 Julai 2018

BENTONG - Setiap kali tiba musim durian, setiap kali itu jugalah daerah Bentong dan Raub menjadi tumpuan. Menariknya, tumpuan penggemar durian pastinya terarah ke durian jenis Musang King yang sememangnya popular di sini.Lebih membanggakan apabila musim durian kali ini turut menjadi tumpuan pelancong China yang menggemari raja buah itu.

Pemilik kebun Musang King, Ee Chin Loon, 52, yang memiliki enam hektar tanah dengan lebih 400 pokok Musang King berkata, permintaan tinggi daripada pelancong luar menjadikan daerah berkenaan tumpuan peminat raja buah itu.Menurutnya, kira-kira 3,000 pelancong China mengunjungi Raub dan Bentong setiap hari semata-mata mahu merasai sendiri durian Musang King di daerah itu.

“Tak sangka selepas kerajaan memperkenalkan Musang King di China, penduduk republik itu berpusu-pusu mengunjungi Raub yang telah pun menjadi pengeluar utama buat Musang King.“Bulan ini bukan sahaja dipenuhi dengan pelancong China malah pelancong tempatan terutama dari Kuala Lumpur turut datang menikmati keenakan durian Musang King di sini,” katanya.

Bagi peniaga, Mohd Khuzairi Bidin, 44, yang lebih dikenali sebagai Ujang berkata, durian di dusunnya dekat Batu 19 Jalan Telemong di sini mula gugur sejak penghujung bulan lalu.Menurutnya, buat masa ini dia mendapat kebenaran membuka gerai jualan dan pengumpulan durian di dataran Karak yang mendapat sambutan menggalakkan.“Alhamdulillah. durian kali ini agak banyak. Setakat ini jenis durian kampung sahaja yang gugur dan mula dijual pada harga RM12 sekilogram.“Durian jenis D24 dan Musang King pun dah gugur tapi jualan terhad sebab kebanyakannya sudah ditempah. Selalunya waktu pagi dah habis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Memandangkan permintaan meningkat, Mohd Khuzairi yang mengusahakan dusun seluas empat hektar itu turut menyediakan kerusi dan meja bagi memudahkan pelanggan makan durian segar di gerainya.Beliau berkata, sebanyak 182 pokok durian di kebunnya juga sudah mengeluarkan hasil sebanyak tiga kali sepanjang tahun ini.“Pada masa ini saya mampu jual kira-kira dua tan durian sehari termasuk secara borong kepada pembeli dari Kuala Lumpur dan Kuantan.“Saya telah menjual dengan pendapatan mencecah lima angka sebelum ini termasuk mengadakan pesta durian dengan mengenakan bayaran RM28 seorang untuk menikmati durian jenis kampung, D2 dan D24 sepuas-puasnya,” katanya.Tambahnya, jualan durian dijual mengikut harga pasaran dan hasil yang diperoleh di kebunnya.Bagaimanapun katanya, harga berkenaan tidak melebihi RM15 sekilogram bagi durian kampung.

Pesta Buah-Buahan di Felda Tekam Resort - 11 Julai 2018

JERANTUT - Orang ramai berpeluang menikmati pelbagai aneka jenis buah menerusi Pesta Buah-Buahan anjuran Felda Residence Tekam Resort, Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak bermula 16 Julai depan.

Pegawai Pemasarannya, Yulaina Yunus berkata, orang ramai akan dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang untuk menikmati buah-buahan sepuas-puasnya. 

“Alhamdulillah buah-buahan di ladang kami agak banyak dan kami sediakan tiga jenis buah utama iaitu durian kampung, rambutan, manggis serta air kelapa kepada pengunjung.

“Pengunjung bagaimanapun perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang bagi membolehkan pihaknya menyediakan bekalan yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis jamuan makan durian di resort tersebut.

Hadir sama, Exco Jawatankuasa Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Nazri Ngah; Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Abd Malik Abd Rani; Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga, Mat Zulkifli Mat Naam dan Pengurus Besar Felda Wilayah Kuantan, Agmad Syaarani Azulan.

Yulaina memberitahu, pesta itu hanya diadakan dua kali seminggu dan orang ramai boleh membuat tempahan secara berkumpulan sekurang-kurangnya lima orang.

Tambahnya, mereka yang berminat boleh membuat tempahan di talian 09-4718300 dan pihaknya akan menetapkan tarikh makan buah berkenaan.

 
 
 

Nama Janda Baik dapat perkenan sultan - 28 Jun 2018

BENTONG - Kampung Janda Baik di daerah Bentong cukup dikenali  kerana keindahan alam semula jadinya.Bagaimanapun, asal usul namanya menjadi tanda tanya khususnya dalam kalangan masyarakat luar daerah ini. Bagi mereka yang melalui jalan ke Air Terjun Lata Jarum pasti pernah melihat papan tanda kampung ini berdekatan jambatan sebelum sampai ke air terjun berkenaan.

Mungkin ada yang terlintas di fikiran mereka, kenapa nama kampung berkenaan ialah Janda Baik? Keunikan nama itu membawa penulis bertemu penduduk Kampung Janda Baik untuk berkongsi asal usul pembukaan kampung itu.

Chalet yang dibina di tepi sungai sangat mendamaikan.

Sebelum bertemu mereka, penulis sendiri pernah mendengar pelbagai versi mengenai asal-usul namanya. Mitos kononnya dikatakan nama itu ada kaitan dengan sejarah pembukaan kampung terbabit. Ada yang mendakwa nama unik Janda Baik itu ekoran satu ketika dulu ramai wanita yang bergelar janda tinggal di situ, selepas suami mereka maut dalam perang saudara yang berlaku di Selangor.

Kebanyakan janda terbabit, bukan sahaja mempunyai potongan badan yang menarik dan wajah cantik tetapi peribadi mereka baik serta sanggup membantu orang lain yang dalam kesusahan.Ketua Kampung Janda Baik, Zahari Ayop, 70, berkata, pada asalnya lokasi berkenaan adalah kawasan terpencil yang didiami Orang Asli.Peneroka mula datang ke kawasan itu pada tahun 1930 untuk mencari kawasan baharu selepas berlaku banjir besar pada tahun 1926 yang menenggelamkan banyak kawasan semenanjung.

“Hampir semua penduduk awal yang berpindah ke lokasi itu, berasal dari Bentong. Kampung yang terletak di kawasan tanah datar dipenuhi hutan dan dikelilingi gunung-ganang ini dibuka oleh tiga sahabat yang dikenali sebagai Haji Deris, Haji Kadir dan Haji Yasir.“Untuk mengenal pasti sama ada lokasi itu sesuai dijadikan perkampungan atau tidak, mereka berpakat membina pondok dan duduk hampir seminggu di sana. Bermula dari detik itulah kampung ini dibuka dan saudara-mara mereka di Bentong berpindah ke sini,” katanya.Zahari berkata, sebagai menghargai usaha tiga sahabat yang meneroka kawasan  hutan itu maka kampung berkenaan dikenali sebagai Kampung Tiga Haji.

Chalet yang cantik dan selesa menarik perhatian pelancong.

Menurutnya, jumlah penduduk di kampung Janda Baik terus bertambah dan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam, berkenaan membuat kunjungan kali pertama ke Kampung Tiga Haji pada tahun 1932.“Baginda mencemar duli berbual dengan penduduk kampung, ada yang bercerita kawasan itu didiami Orang Asli dan bercucuk tanam seperti padi serta buah-buahan.“Ada satu cerita mengisahkan berlaku pertengkaran antara Tok Batin Orang Asli kampung terbabit dengan isterinya, Siah hingga menyebabkan mereka berpisah,” katanya.Bagaimanapun menurut Azhari, tidak sampai sebulan berjauhan, Siah pulang semula ke rumah Batin Wok dan kepulangannya diterima dengan baik.“Sawah padi yang diusahakan sebelum berpisah semakin subur dan matang serta masak, menjadikan mereka semakin bahagia.

“Berdasarkan kisah itu, Orang Asli di sana menggelar tanah berkenaan sebagai Janda Balik merujuk kepada Siah yang balik semula ke pangkuan Batin Wok.“Baginda Sultan Abu Bakar yang tertarik dengan kisah yang disampaikan itu kemudian menukar nama kepada Janda Baik, sekali gus kekal sehingga kini,” katanya.Janda  rawat penduduk. Satu lagi cerita yang boleh diterima mengenai bagaimana kampung itu mendapat nama Janda Baik berikutan wujudnya seorang janda yang membantu merawat penduduk Pahang yang cedera setelah menyertai peperangan saudara di Selangor pada tahun 1918. Zahari berkata, ramai rakyat Pahang cedera dan ada di antara mereka terpaksa berpatah balik ke Temerloh.

Sungai jernih memang antara ikon Kampung Janda Baik. “Dalam perjalanan pulang ke Temerloh, mereka melalui satu kawasan hutan dikelilingi bukit bukau, iaitu Pulau Santap lokasi asal kampung berkenaan. Mereka bertemu seorang janda yang menawarkan khidmat untuk merawat yang cedera serta membenarkan mereka berlindung sementara di rumahnya sehingga sembuh. “Sekembali di Temerloh mereka bercerita mengenai kebaikan seorang janda itu kepada penduduk dan sejak itu lokasi terbabit dikenali sebagai Kampung Janda Baik,” katanya.

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr