Karnival Bentong 2016 yang dinaungi Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob itu bakal menjadi lokasi tumpuan ramai, bukan sahaja oleh penduduk setempat malah pengunjung luar.

Selain berpeluang mengenali produk-produk pelancongan di daerah ini,  pengunjung juga dapat menambahkan pengetahuan di samping berhibur bersama keluarga dan rakan.

Pelbagai acara disediakan sebagai daya tarikan utama kepada penduduk dari luar Bentong terutamanya di Lembah Klang dan pada masa sama, mempromosikan Tahun Melawat Pahang 2017.

Lebih menarik, beberapa selebriti terkenal tanah air akan turut memeriahkan Karnival Bentong 2016 apabila mereka bersama-sama menyertai pesta niaga antaranya, Syanie, Ieda Moin, Sheila Mambo, Anne Abdullah dan ramai lagi rakan-rakan artis yang akan turut serta mempamerkan barang jualan mereka.

Dalam pada itu, Scarlett’s Diary, Vensband, Mattra, Cesarina Band dan Dzecko serta Arif Kilauan Emas akan menggegarkan malam karnival tersebut.