02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyenaraikan Pahang sebagai pengeluar utama durian jenis Musang King di negara ini yang dapat menampung permintaan tempatan dan luar negara.

Jumlah keseluruhan pengeluaran kira-kira 30,030 tan dalam tempoh enam bulan dari Jun hingga November nanti dan jumlahnya dijangka bertambah hingga akhir tahun.

Perak menduduki tempat kedua dengan 8,405 tan diikuti Johor 6,821 tan.

Timbalan Ketua Pengarah Fama, Abdul Razak Abdul Majid berkata, di Pahang, pokok durian jenis Musang King banyak ditanam di beberapa daerah seperti Bentong, Jerantut, Raub, Lipis  dan Maran.

Menurutnya, harga yang mahal antara RM35 hingga RM85 sekilogram tidak menjadi penghalang kepada penggemar raja buah itu menikmati keenakan Musang King yang isinya berwarna kuning keemasan.

Beliau berkata, pasaran durian jenis itu bukan saja tertumpu kepada masyarakat tempatan malah dieksport ke China dengan kaedah sejuk beku dan usaha berkenaan dilakukan Fama Jerantut dengan kerjasama syarikat swasta.

“Untuk memberi pulangan lumayan dan menguntungkan, saya meminta pekebun durian di negara ini supaya mengusahakan tanaman durian jenis Musang King.

“Walaupun terpaksa mengeluarkan modal besar, namun dalam tempoh empat hingga enam tahun mereka mampu meraih pendapatan lumayan setiap kali tiba musim durian,” katanya.

Abdul Razak berkata, jumlah keseluruhan pengeluaran durian negara tahun ini dijangka mencecah 58,394 tan, walaupun menurun berbanding tahun lalu namun ia masih dianggap baik dan dapat memenuhi permintaan.

Menurutnya, durian jenis Musang King kini di kedudukan pertama permintaan, walaupun harganya mahal dua hingga lima kali ganda berbanding durian jenis lain namun penggemarnya tetap tidak berganjak.

Sementara itu, Pengarah Fama Pahang, Hasan Jusoh berkata, promosi berterusan oleh Fama menjadi antara faktor Musang King terus terkenal dan mendapat sambutan menggalakkan walaupun harganya agak mahal.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi