02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Seorang pelancong Singapura yang disedari hilang sejak petang Rabu lepas di Pulau Tioman dekat Rompin disyaki menaiki bas ke Johor Baharu, Johor untuk pulang ke negaranya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan pihaknya di sebuah jeti di Pulau Tioman petang semalam mendapati Sinar Widjoyo Tugi, 73, disyaki menaiki feri ke Mersing, Johor pada 8 pagi Selasa lepas.

"Apabila kita memanggil kru feri dan menunjukkan gambar lelaki hilang ini, mereka mengesahkan memang ada lelaki ini naik feri sampai ke Jeti Mersing.

Mereka perasan apabila lelaki ini macam (kelihatan) nyanyuk dan bila sampai di Jeti Mersing, orang lain semua turun, tetapi dia tidak turun.

"Jadi kru feri ini tanya pak cik hendak pergi mana, dia jawab hendak balik Singapura, dia tanya macam mana hendak balik ke Singapura. Jadi seorang kru feri ini pergi hantar dia ke salah satu kaunter tiket bas di sebuah stesen bas di Mersing dan tinggalkan lelaki ini di situ. Disyaki sudah naik bas ke Johor dan berkemungkinan sekarang ada di Johor," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Aidil Roneh berkata, berikutan itu pihaknya sudah meminta bantuan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan dan Pusat Kawalan Kontinjen Johor bagi membantu siasatan dan menjejaki Sinar Widjoyo sekiranya masih berada di negeri berkenaan. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/pelancong-singapura-hilang-di-pulau-tioman-1.530880

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi