02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

Sinar Harian - 21 Mei 2016

KUANTAN - Pakaian baju renang (berbikini) dan penjualan minuman keras dilarang sepanjang acara gelongsor air ‘Slide The City’ di Indera Mahkota 15, hari ini.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, ketetapan peraturan ‘tiada bikini’ dicapai secara bersama dengan penganjur Monkey Theory Sdn Bhd memandangkan acara menuruni gelongsor air sepanjang 1,000 kaki di bawah terik matahari itu adalah acara rekreasi keluarga.

Menurutnya, acara itu  juga akan dihentikan pada waktu azan dan dihentikan sebelum pukul 7 malam sebagai tanda hormat.

“Kami menetapkan hanya pakaian sopan dan sesuai dibenarkan, mereka yang memakai bikini tidak dibenarkan masuk. Saya sendiri akan hadir dan memantau perjalanan acara esok,” katanya mengulas dakwaan tersebar di laman sosial Facebook yang meminta orang ramai boikot penganjuran acara itu.

Beliau berkata, pemahaman berkaitan penggunaan baju renang mungkin timbul apabila melihat penganjuran acara seumpamanya di tempat lain di laman sosial selain kesilapan penganjur terlepas pandang menggunakan gambar itu.

“Penganjur telah buat penjelasan dan minta maaf atas kesilapan yang dilakukan dan memberi jaminan tiada bikini esok (hari ini). Harap tiada lagi kontroversi,” katanya.

Menurutnya, pihaknya melalui Majlis Perbandaran Kuantan dan polis memantau keadaan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya. Laluan air tidak menuju ke jalan perumahan namun ada jalan yang ditutup.

“Kita harap semua bersabar kerana acara ini  sebahagian daripada aktiviti pelancongan yang membantu menjana ekonomi dan mempromosikan Pahang, menjelang Tahun Melawat Pahang tahun hadapan,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/bikini-minuman-keras-dilarang-1.523602

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi