02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim bangga dengan pencapaian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kerana berjaya melonjakkan kehadiran pelancong ke Malaysia. Perdana Menteri berkata, pencapaian itu membuktikan usaha keras yang dilaksanakan warga MOTAC diketuai menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing. "Dalam strategi pembangunan ekonomi negara, MOTAC ini penting kerana ia boleh meningkatkan pendapatan negara.

"Sebab itu, saya letak (menteri) yang kuat dan besar untuk memimpin dan saya ucap tahniah kerana dalam beberapa bulan ini, kita nampak lonjakan kehadiran pelancong dalam negara," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MOTAC di sini, hari ini. Selain King Sing, majlis itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Dalam pada itu, Anwar meminta King Sing berbincang dengan Menteri Dalam Negeri berhubung permohonannya untuk memudahkan urusan pengeluaran visa kepada pelancong asing.

Katanya, perkara itu perlu dibincangkan kerana ia membabitkan soal teknikal. "Yang lain kita tengok perkembangan tetapi ia selaras dengan dasar kita iaitu apa tindakan yang boleh menyenangkan dan menarik minat pelancong ke Malaysia, apa tindakan yang sesuai, itu harus diberi keutamaan," katanya. Terdahulu, King Sing dalam ucapannya memaklumkan, seramai 4.38 juta pelancong asing mengunjungi Malaysia dalam tempoh Januari hingga Mac lalu. Katanya, seramai 178,150 daripada jumlah itu membabitkan pelancong dari China. "Kita akan cuba sedaya upaya untuk mempromosikan Malaysia di dunia terutama dari China yang memang membantu kita dalam sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi negara kita," katanya. Sumber - Berita Harian

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi