02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

 

Kuantan 14 April 2023 (Fikrah Pahang)- Setiap kali Ramadan, padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 pasti menjadi lokasi tumpuan masyarakat di sini untuk berbuka puasa dan tahun ini tiada syarat ditetapkan kepada pengunjung yang ingin berbuka puasa di padang berkenaan.

Datuk Bandar Kuantan, Dato’ Hamdan Hussin berkata, “Ramadan tahun ini, tiada prosedur operasi standard (SOP) dan orang ramai boleh memilih tempat seperti sebelum wabak COVID-19 yang melanda negara sejak tahun 2020”.

“Saya nasihati orang ramai supaya menjaga disiplin ketika berada di padang termasuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 menjadi pilihan utama untuk berbuka puasa kerana terletak bersebelahan dengan Bazar Ramadan Mahkota Square dan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. 

Source: Fikrah Pahang

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi