02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

JERANTUT: Kehadiran ramai pengunjung ke Taman Negara Kuala Tahan di sini menceriakan kira-kira 400 penggiat ekopelancongan termasuk pemandu pelancong, pengusaha chalet dan pemandu bot kerana mampu menjana semula pendapatan. Setelah hampir dua tahun menyepi, Taman Negara kini kembali meriah apabila ia dibanjiri pelancong tempatan dan asing sempena cuti Tahun Baharu Cina, sekali gus memberi nafas baharu kepada sektor ekopelancongan negara. Cuti panjang membolehkan orang ramai menikmati keindahan Taman Negara yang berusia 130 juta tahun itu selain meninjau kampung tradisional di sepanjang Sungai Tembeling seperti Kampung Pagi, Kuala Sat, Bantal dan Mat Daling di Ulu Tembeling. Penggiat ekopelancongan di Taman Negara membabitkan pemandu pelancong, pemandu bot, pengusaha restoran dan rakit terapung, agensi pelancongan dan pengusaha penginapan yang terbabit dengan aktiviti pelancongan Taman Negara Pahang kini boleh bernafas semula

Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi Taman Negara Pahang, Anas Zainuddin, berkata kini 170 pemandu pelancong alam semula jadi berlesen mula melayani kedatangan pelancong yang membanjiri Taman Negara. Katanya, sejak bulan lalu, pelancong luar khususnya dari Eropah mula membanjiri kawasan itu sekali gus memberi peluang kepada pemandu alam sekitar di pusat peranginan berkenaan menjana pendapatan. "Kebanyakan pelancong adalah pelancong tempatan yang datang secara berkumpulan dan berkeluarga kerana cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina yang panjang. "Kerancakan sektor ekopelancongan di Taman Negara memberi kelegaan kepada pengusaha pusat penginapan, pemandu bot penambang, pemandu pelancong alam sekitar, pengusaha restoran terapung dan penggiat pelancongan lain yang terjejas teruk sebelum ini," katanya. Beliau berkata, kebanyakan pengunjung menyertai pakej antara tiga dan lima hari dengan menyertai aktiviti rekreasi dan riadah di hutan tropika, menyusuri Sungai Tembeling dan Sungai Tahan, Lata Berkoh dan perkampungan Orang Asli etnik Bateq di sini. Pemandu pelancong, Mohd. Kamil Hakim Rozali, 32, berkata beliau dan rakan lain tidak lagi tertekan berbanding ketika tempoh penularan pandemik COVID-19 dua tahun lalu. "Ketika itu saya terpaksa beralih ke bidang pertanian dengan menanam cili dan terung secara fertigasi untuk mengisi kantung yang kosong.

"Saya kembali menjadi pemandu alam sekitar apabila pelancong luar dan domestik membanjiri semula taman ini," katanya yang kini menumpukan kerja-kerja penanaman ketika lapang. Pengusaha Tahan Guest House, Norhasiyati Taharin, berkata kerancakan sektor pelancongan di Kuala Tahan bermula seminggu awal cuti perayaan Tahun Baharu Cina apabila ramai pengunjung membuat tempahan bilik penginapan. "Kebanyakan membuat tempahan awal seminggu sebelum cuti Tahun Baharu Cina serta cuti persekolahan bagi mengelakkan ia penuh. "Selain pelancong tempatan ramai juga pelancong asing terutamanya dari Singapura serta Eropah mulai datang ke sini,' katanya. Pelancong Perancis, Christina Biondi bersama isterinya menginap selama tiga hari dua malam di Tahan Guest House untuk menikmati keindahan Taman Negara. "Walaupun hujan tetapi tidak menghalang kami merakamkan flora, fauna dan burung liar yang ada di hutan tropika ini kerana ia tidak terdapat di tempat saya," katanya. 

Sumber : Berita Harian

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi