09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN: Pahang dijangka menerima pertambahan kedatangan pelancong dari Singapura berikutan kembali beroperasinya penerbangan Scoot Airlines dari Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS), Kuantan, hari ini. Selepas dua tahun tidak beroperasi, penerbangan pertama Scoot Airlines tiba di LTSAS bersama 75 penumpang, pada 11.15 pagi. 

Ketibaan mereka disambut Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Pahang, Dato’ Razihan Adzharuddin; Timbalan Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof dan Timbalan Pengerusi Tourism Pahang, Dato’ Sri Sh Puzi Sh Ali. Razihan berkata, Scoot menawarkan tiga penerbangan pergi dan balik Singapura-Kuantan dalam seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad. Katanya, Kuantan adalah destinasi kelima selepas Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Miri dan Ipoh. “Pemilihan LTSAS sebagai destinasi syarikat penerbangan itu adalah kerana Pahang pada amnya memiliki pelbagai tarikan pelancongan untuk dilawati sama ada bagi rakyat Singapura mahupun pelancong antarabangsa. “Sudah pasti laluan baharu ini secara langsung memberi kesan positif kepada industri pelancongan Pahang sekali gus,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan penumpang Scoot di LTSAS. 

Menurutnya, secara purata perbelanjaan pelancong Singapura di Pahang dianggarkan RM600 seorang dan Scoot bakal menyumbang kembali pendapatan itu yang secara tidak langsung akan memberi kesan kepada industri pelancongan domestik. – HUSIN IBRAHIM 

Sumber - Fikrah Pahang

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi