02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

Bera: Selepas dua tahun menyepi akibat pandemik Covid-19, Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2022 kembali dan kali ini ia menggegarkan bumi Bera, Pahang. Acara kali ini menarik peserta dan wakil media daripada 60 negara seperti Itali, United Kingdom (UK), Perancis, Republik Czech, Amerika Syarikat, Ecuador, Thailand, Filipina, Vietnam, Jepun, Indonesia dan Korea Selatan.Pengarah Operasi Acara RFC 2022, Atan Aris berkata ini adalah kali pertama ia dibuat dalam satu daerah yang sama iaitu Bera.

"Sebelum ini kita buat di beberapa tempat seperti di Kuantan, kemudian berpindah ke Raub dan lain lain daerah. "Pertandingan 10 hari bermula hari ini bermula 26 November lalu hingga 8 Disember ini disertai 300 peserta tempatan dan seluruh dunia," katanya. Katanya, RFC diiktiraf sebagai salah satu acara perlumbaan 'off-road' paling mencabar di dunia dengan kedudukan ketiga di belakang Baja 1000 dan Dakar Rally. "Acara tahun ini ditunggu-tunggu oleh peminat RFC dan sukan lasak yang menyediakan aksi-aksi menarik menggabungkan kemahiran dan ketahanan antara manusia dan jentera," katanya.

Acara pelepasan peserta disempurnakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dataran Kerayong hari ini. Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Daerah Bera akan ditonjolkan sebagai pusat pelancongan terkenal kerana mempunyai banyak kawasan alam semula jadi yang belum dieksplotasi. Katanya, beliau akan meminta Pejabat Daerah Bera dan Pelancongan Pahang lebih agresif dan kreatif memasarkan produk pelancongan di kawasan baru.

"Sebagai contoh kawasan hutan di Bera boleh dipasarkan kerana ia kaya dengan flora dan fauna dan pelancong Eropah lebih berminat dengan alam semula jadi. "Tasik Bera adalah tasik air tawar yang terbesar di Malaysia dan boleh dipromosikan kerana ia adalah kawasan tanah basah yang diiktiraf sebagai tapak Ramsar pertama di negara ini," katanya. Katanya, Bera bersedia menjadi tuan rumah setiap tahun kerana mempunyai kemudahan sekali gus meletakkan daerah ini dalam peta dunia dalam pertandingan pacuan empat roda lasak bertaraf dunia.

Sumber - Harian Metro

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi